Kongsi foto tangan, Ernie Zakri dan Syamel dapat anak perempuan… Join club baby 22.2.22

NAMPAKNYA tarikh istimewa 22.02.2022 menjadi pilihan ramai selebriti untuk menyambut kelahiran bayi masing-masing.

Terkini, penyanyi Ernie Zakri turut berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 10.14 pagi Selasa.

“Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah. Cinta hati daddy dan ibu telah selamat dilahirkan pada 20.02.22 pada jam 10.14 pagi tadi.

“Doakan kesihatan kami berdua,” tulis Ernie di Instagram.

Sementara itu suami Ernie iaitu penyanyi Syamel turut berkongsi berita sama di Instagram.

“Syukur Alhamdulillah. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.

“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan Kak Ninie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Terdahulu, mStar melaporkan penyanyi Kaka Azraff dan Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata juga pada Selasa.

Selain itu, penyanyi dan YouTuber terkenal Indonesia Aurel Hermansyah turut selamat bersalin pada tarikh yang sama.

Rata-rata pengikut laman sosial termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

“Alhamdulillah… Tahniah nak. Welcome to the world cucuku,” tulis Anuar Zain yang juga bapa saudara kepada Ernie.

Komen Netizen:

“Alhamdulillah, tahniah… Ya Allah geram tengok tangan baby putih melepak,” tulis Shiha Zikir.

“Syukur Alhamdulillah semoga menjadi saham akhirat yang mulia,” tulis Fedtri Yahya.

Ernie, 26, berkahwin dengan Syamel, 28, mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*