Lelaki kerja di Singapura tenang ditvduh d4yus tak beli kereta untuk isteri hamil, ajar ‘kira kos’ kepada yang cakap ikut sedap mulut

MENCARI pasangan yang serasi dan sanggup susah senang bersama bukanlah satu perkara yang mudah.

Apatah lagi di zaman kini, pangkat dan harta lebih dipandang tinggi berbanding hati budi masing masing.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini menunjukkan seorang wanita s4rat mengandung tidak kisah berhujan panas menaiki motosikal dan kecekalannya itu dirakam oleh suaminya, Rafiq Latif Raffali sebelum ia dikongsi di media sosial.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga empat tahun lalu setelah lebih tujuh tahun tempoh perkenalan semasa mereka sama-sama menyambung pengajian di KTAC (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics) Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afiq Raffali (@afiqraffali)


Selepas berkongsi video isterinya yang memakai helmet menunggu di tepi jalan sementara menunggu hujan reda, lelaki yang berasal dari Kulai, Johor itu menerima komen neg4tif apabila dirinya dilabel d4yus kerana tidak membelikan kereta untuk kemudahan isterinya.

Jejaka berusia 28 tahun itu kemudian membalas komen tersebut yang mendakwa dirinya sanggup melihat isterinya menaiki motosikal dalam keadaan berbadan dua walaupun cuaca hujan.

“Saya baca dan balas komen tersebut sejam sebelum masuk syif kerja. Saya agak terkejut menerima komen sedemikian yang menggelar saya d4yus.

Pasangan suami isteri ini sudah berumah tangga lebih empat tahun.

“Sebenarnya saya bukan tak ada kereta. Saya dan isteri kerja di Singapura sekarang. Dekat sini kos nak guna motosikal yang dibawa dari Malaysia lebih murah.

“Satu hari caj cukai motosikal baru S$4 (RM16.75) saja. Kalau saya bawa kereta, satu hari kena caj lebih kurang RM100. Sebulan saya kena bayar kira-kira RM3,000 untuk kereta saja,” jelasnya yang senang disapa Afiq.

Bercerita lanjut, jejaka yang bekerja di restoran makanan segera McDonald’s ini turut menerangkan analogi secara umum bagi menidakkan tudvhan yang dilemparkan di ruangan komen kepadanya.

Tambah lagi orang dulu-dulu, takkan sudah ada kereta, baru mereka kahwin. Jadi, orang zaman dulu banyak yang d4yuslah sebab tak ada kereta.

AFIQ

Dia yang sudah dua tahun bekerja di Singapura bersama isteri mengakui bahawa dirinya tidak begitu arif untuk menerangkan isu berkaitan d4yus dari segi agama namun kata-kata daripada seorang pengguna tidak dikenali itu amat memberi kesan kepadanya yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Saya tak begitu arif kalau nak sentuh bab d4yus ni dari segi agama. Tapi tak semestinya dalam perkahwinan tu, apabila suami tu tak dapat nak beli kereta, dia dikira sebagai d4yus.

“Saya tak cakap benda ni untuk diri saya saja. Saya mewakili juga para suami di luar sana. Takkan la, tak ada kereta, dah dianggap d4yus.

“Tambah lagi orang dulu-dulu, takkan sudah ada kereta, baru mereka kahwin. Jadi, orang zaman dulu banyak yang d4yuslah sebab tak ada kereta,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut tentang video tersebut, jejaka ini menceritkan situasi sebenar ketika video tersebut dirakam.

Tambah Afiq, ketika itu dia sebenarnya baru mengambil isterinya, Nurefira Nasha, 28, yang baru pulang kerja.

Afiq membawa motosikal miliknya masuk ke Singapura untuk menjimatkan kos cukai kenderaan berbanding kereta.

“Masa hari saya rakam video tu, saya baru lepas ambil isteri pulang dari tempat kerja menaiki motosikal. Masa dalam perjalanan awal tu tak hujan pun.

“Dekat Singapura ni ada terowong sepanjang 10 kilometer. Masa masuk terowong OK je tak hujan, lepas keluar tu terus kami basah kena hujan.

“Jadi saya ambil keputusan berhenti dulu dekat tepi jalan. Ada tempat berteduh lepas terowong tu. Nak ikutkan tepi tu tak boleh berhenti pun tapi kesian pula dekat isteri tengah mengandung ni kena hujan. Saya tunggu hujan berhenti dulu baru kami gerak semula,” jelas Afiq.

Susulan video jawapan balas terhadap komen tersebut, warganet turut memuji sikap jejaka ini yang tenang dan tidak berang walaupun ditvduh d4yus.

“Mantap bro susah nak cari orang macam abang ni walaupun komen tu agak kasar, tapi dia balas dengan sopan saja. Apa-apa pun semoga dilimpahkan rezeki, Amin.

Good job bro, ayat orang matang. Bidas cara lembut. Alhamdulillah, saya doakan abang dan isteri murah rezeki dan dipermudahkan urusan, Amin.

“Jangan terlalu pantas mengata orang dayus hanya kerana material things?? Kehidupan time c0vldl9 ni dah susah sangat. Janganlah cakap sedap mulut,” antara komen netizen terhadap video tersebut.

Afiq bakal menimang cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.

Bagi Afiq, dia memilih untuk menerangkan sahaja situasi sebenar melalui rakaman tersebut kerana tidak semua orang faham tentang susah senang hidup berumah tangga, justeru dia hanya mahu berkongsi pengalamannya yang berdepan menghadapi situasi ini.

Rakaman di TikTok tersebut telah mendapat lebih 500,000 jumlah tontonan dan lebih 2,000 komen rata-ratanya mendoakan Afiq dan isteri yang sarat mengandung lapan bulan itu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*