Rasakan! ‘H4ntu’ c0mot selepas sebungkus paprik ayam hinggap di muka ketika cuba us1k m4ngsa – “Dia mer4juk dan terus tidur”

ZAMAN ketika sama-sama menuntut di kolej semestinya mencipta banyak memori bersama rakan-rakan, lebih-lebih lagi sebelum masing-masing membawa haluan sendiri selepas tamat pengajian.

Paling menyeronokkan sudah tentunya dipertemukan dengan rakan yang sekepala dan ‘gil4-gil4’!

Begitu juga kisahnya dengan sekumpulan pelajar perempuan ini yang masing-masing boleh dikatakan ‘kaki s4kat’ dan gemar mengvsik antara satu sama lain.

Video ketika mereka menyakat atau melakukan ‘pr4nk’ terhadap seorang rakan dengan memakai telekung putih serta mengenakan solekan seperti hantu, mengundang tawa warganet yang turut sama terhibur.

Mana tidaknya, pr4nk yang kononnya mahu menakutkan rakan tersebut tidak menjadi gara-gara ‘h4ntu’ dibaling dengan sebungkus paprik ayam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Fatin Nabila Mohamad Khozan berkata, video pr4nk tersebut sebenarnya merupakan video lama ketika dia dan empat rakan lain menghuni rumah sewa pada 2019.

“Kami berlima penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak dan menyewa berdekatan dengan kolej. Video tu saja nak throwback kenangan pada 2019, sekarang ni ada yang dah habis belajar dan saya sendiri masih menuntut di semester lima.

“Alkisahnya, saya dan seorang lagi main solek-solek. Yang m4ngsa pr4nk, Nur Dalila Abdullah Hasin ketika itu keluar beli makanan dengan seorang lagi rakan serumah yang lain.

HANTU

Fatin dan seorang lagi rakan serumahnya menyolek wajah seperti h4ntu dan mengvsik rakan-rakan mereka.

“Asalnya tak rancang pun nak pr4nk. Tapi sebab main mekap-mekap, spontan timbul idea. M4ngsa pertama kami adalah housemate yang tak ikut keluar beli makanan. Tapi tak menjadi sebab dia tak t4kut.

“Bila Nur Dalila balik, dia terus ke dapur ambil pinggan dan nak makan di ruang tamu. Masa itulah saya muncul dari dinding. Agaknya sebab terkejut teruk, dia spontan terbaling paprik ayam di tangannya. Habis sebungkus!” ceritanya yang senang disapa sebagai Fatin.

Penuntut jurusan Kejuruteraan Awam ini berkata, akibat balingan Nur Dalila, muka, telekung dan dinding rumah sewa mereka terpercik kuah paprik ayam tersebut.

HANTU 2

Ak1bat balingan Dalila, wajah serta telekung Fatin comot terkena kuah paprik.

“Saya cepat-cepat ‘selamatkan’ sisa lauk paprik yang masih ada dalam plastik sebab tak nak membazir. Lagi pula Nur Dalila mesti lapar.

“Tapi dia mer4juk… ambil toto dan terus tidur. Kami serba salah sangat dan nak pvjuk. Dalam keadaan tu, kami nak tunggu dia sejuk dulu, baru nak pvjuk.

“Esoknya, kami pujuk dia dan dia okay je. Dia kata sebenarnya nak tergelak tapi saja nak m0gok sebab lapar. Bila tunjuk video yang dirakam, dia pun tergelak-gelak,” ujarnya yang berasal dari Kulim, Kedah.

Sebenarnya masing-masing kaki s4kat. Saya pun sebenarnya selalu juga jadi m4ngsa us1kan mereka sampai pernah berenang dalam kolam ikan.

FATIN NUR NABILA MOHAMAD KHOZAN

Bercerita serba sedikit mengenai persahabatan mereka, Fatin berkata mereka berlima sudah kenal rapat sejak semester satu.

“Sebenarnya masing-masing kaki s4kat. Saya pun sebenarnya selalu juga jadi m4ngsa us1kan mereka sampai pernah berenang dalam kolam ikan.

“Tapi kami jenis tak ambil hati dan tak serik mengvsik satu sama lain,” ujarnya.

KOLEJ

Fatin bersama rakan sekuliah di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Wanita berusia 22 tahun ini menambah, dia dan rakan-rakannya sama sekali tidak menyangka video pr4nk ‘paprik’ itu mendapat perhatian sehingga meraih melebihi 445,000 jumlah tontonan.

“Kebanyakan komen netizen semua lucu-lucu. Kami happy video tu menghiburkan orang lain juga.

“Apa yang saya boleh kongsikan, ciptalah seberapa banyak kenangan dengan rakan-rakan. Masa inilah kita nak kumpul kenangan dan momen dengan mereka. Nanti boleh throwback balik. Masa tu mesti rindu zaman belajar.

“Kepada semua kawan-kawan yang dalam grup Thekeyboardworrioss, kamulah sahabat dunia akhirat saya,” akhirinya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*