Susun piala, hadiah tepi kvbur! Budak perempuan ‘sembang’ dengan arw4h bapa tentang kejayaannya buat ramai seb4k

KEHILANGAN insan yang tersayang bukanlah suatu perkara mudah untuk diterima.

Apatah lagi jika ia melibatkan ahli keluarga terutama sekali seorang yang bergelar bapa.

Melalui satu perkongsian video yang dikongsi seorang ibu, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang menziarahi kvbur bapanya.

Apa yang meny4yat hati apabila kanak-kanak itu dilihat memelvk beberapa buah piala yang dimenanginya untuk ditunjukkan kepada arw4h.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Assalamualaikum papa, Aisyah datang ni. Papa, Aisyah nak cakap, Aisyah ada banyak hadiah. Piala, buku colour, pensil.

“Papa doakan Aisyah ye. Jadi pandai, bijak, jadi anak solehah.

“Aisyah sayang papa. Aisyah r1ndu papa,” demikian antara kata-kata yang diungkap oleh kanak-kanak ini sambil berdiri di sebelah pus4ra bapanya.

Gambar ibu dan ayah Aisyah.

Tidak lama kemudian, Aisyah duduk sambil menyusun piala-piala yang dimenanginya di tepi kvbur arw4h.

Kanak-kanak yang belajar di Pasti Darul Muslim di Kapar, Selangor ini ternyata mahu berkongsi kejayaannya bersama bapa yang dirindui.

Aisyah rindukan papa… papa dah tak ada. Aisyah baca sajak untuk papa

AISYAH

Menerusi satu video lain berdurasi tiga minit yang dimuat naik, Aisyah dilihat sedang membacakan sajak khas untuk arwah bertajuk Insan yang Teristimewa.

Sepanjang persembahan dalam pertandingan itu, jelas di raut wajahnya dia sedang berem0si menahan seb4k sambil mendeklamasikan sajak.

“Kenapa Aisyah sedih baca sajak tu?” tanya ibunya kepada si anak dalam video tersebut.

“Aisyah rindukan papa… papa dah tak ada. Aisyah baca sajak untuk papa,” jawab Aisyah dengan nada penuh s4yu.

Menerusi perkongsian video lain di TikTok ibunya, bapa Aisyah dipercayai men1ngg4l dvnia pada 11 Mac tahun lalu.

Bapa Aisyah sudah men1ngg4l dvnia pada 11 Mac tahun lalu.

Menerusi video lain pula, Aisyah berkesempatan menitipkan doa buat arw4h bapa tercinta.

Dalam doa tersebut, Aisyah sedekahkan surah al-Fatihah buat bapanya dan berharap agar arw4h bapanya ditempatkan dalam syurga.

Susulan video yang tular, rata-rata netizen turut bersedih melihat tindakan Aisyah dan rata-rata menyampaikan mesej-mesej positif mendoakan dirinya di ruangan komen.

Aisyah mendeklamasikan sajak bertajuk Insan yang Teristimewa untuk arwah bapanya.

Tidak terhenti di situ, ramai juga menyifatkan Ustazah Nurul K dipercayai ibunya sebagai seorang wanita tabah kerana mampu membesarkan anaknya dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa suami di sisi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*