Hormati Pendirian, Noor Kartini Tak Pasti Bila Neelofa Akan Kongsi Wajah Penuh Bilal – “Saya Tidak Bertanya Mengenai Perkara Itu,”

Ibu selebriti popular, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed mended4hkan dia sendiri tidak bertanya bila anaknya itu bakal berkongsikan wajah penuh cucu, Muhammad Bilal kepada umum.

Menurut Noor Kartini,56, ada ahli keluarganya yang lain juga setakat ini tidak mempunyai foto Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.

“Saya tidak bertanya mengenai perkara itu. Jujurnya, keluarga terdekat macam sepupu pun tidak dapat lagi foto Bilal. Ada yang minta tapi kami pilih untuk tidak berkongsi.

“Malah saya sendiri pun tidak nak ambil foto cucu semata-mata meski hari-hari melawat Neelofa dan Bilal. Memang dia akan hantar saya foto cucu setiap hari, tapi saya tidak pula bertanya bila dia mahu ded4hkan wajah anaknya pada semua,” katanya.

Jelasnya lagi, dia menghorm4ti pendirian isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu yang masih belum mahu berkongsikan wajah anak pertamanya buat tatapan semua.

“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan itu, horm4ti pendiriannya. Malah, kami pun tak tanya apa alasan dia belum berkongsi (wajah Bilal).

“Tapi rasanya kalau tidak bertanya mengenai perkara itu pun, kita sendiri akan faham mengapa. Macam saya pun kadang-kadang ada benda yang mahu bertanya padanya, tetapi tidak mengapalah. Sebab itu ialah kehidupannya,” katanya lagi.

Kartini ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di Petaling Jaya pada Khamis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hijab & Lifestyle (@naelofar)

Berkongsi lanjut mengenai kedaan Neelofa ketika ini, Kartini bersyukur kerana ibu dan anak berada dalam keadaan baik.

“Dia berp4ntang di hospital seminggu, kemudian meneruskan tempoh tersebut di kediaman keluarga seminggu sebelum kembali ke rumahnya. Lebih selesalah, sebab bagi ibu yang berp4ntang sudah tentu mahukan keselesaan. Barang kelengkapan bayi pun banyak.

“Meski ada ‘Confinement Lady’ (CL) yang uruskan dia, tapi sebagai ibu saya tetap kongsikan panduan dan ingatkan pada Lofa apa yang perlu dan sebaliknya,” katanya yang menyifatkan Bilal sebagai bayi yang senang untuk dijaga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*