“Mesti Ibu Tersenyum Tengok Kami Sanding,” – Suami Bawa Zulin Aziz Melawat Kvbur Arw4h Ibu, Seb4k Kenangkan Hajat Terakhir

Tanggal 20 Februari yang lalu, pelakon dan pengacara, Zulin Aziz sah menjadi isteri kepada Farhan Norzaini. Hanya dengan sekali lafaz, pasangan tersebut sah menjadi suami isteri.

Semalam, Farhan sempat membawa Zulin menziarahi pus4ra arw4h ibunya, Rusnah Binti Talib. Menurut Farhan, arw4h ibunya sangat sukakan Zulin dan berhasrat mahu menjadikan Zulin sebagai menantu.

Namun apakan daya, arw4h telah pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu sebelum mereka berdua mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Abang datang tengok ibu

Assalamualaikum ibu. Hari ni abang datang tengok ibu. Tak pernah sehari pun abang lupa ibu. Hari tu seminggu sebelum abang kahwin, abang mimpi ibu. Itulah first time abang mimpi dapat tengok muka ibu. Abang men4ngis dalam mimpi sampai tak sedar. Abang men4ngis betul-betul lepas terjaga.

Ibu, abang nak bagitahu yang abang dah selamat bernikah hari Ahad hari tu. Hari ni abang tak datang seorang. Abang datang bawa menantu ibu. Inilah gurauan ibu yang Allah kabulkan. Kalau ibu ada lagi, mesti ibu tersenyum tengok kami bersanding. Tak lepas mata abang tengok meja family kita kurang seorang. Tapi abang tahu ibu tengok dan tersenyum dari jauh. Abang dah tunaikan hajat ibu.

Menurut Farhan, setiap hari dia akan teringat arw4h ibunya. Sebagai anak, Farhan berasa gembira kerana dapat menunaikan hasrat arw4h ibunya iaitu memperisterikan Zulin. Farhan turut yakin bahawa arwah ibunya pasti akan tersenyum sekiranya dapat melihat majlis persandingan mereka baru-baru ini.

Doa syurga untuk ibu

 

Ibu, abang doakan ibu sentiasa dijaga Allah di sana. Abang doakan syurga untuk ibu. Abang hadiahkan segala infaq, sedekah, wakaf dan segala saham dunia abang untuk ibu. Moga Allah temukan kita di syurga ya ibu. InsyaAllah. Al-Fatihah.

Di akhir posting, Farhan mendoakan yang terbaik buat arw4h ibunya dan berharap mereka dapat bertemu di syurga Allah.

Terdahulu, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berkata kesungguhan dan sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Farhan menjadi faktor utama dia bersetuju untuk menjadi isteri kepada usahawan tersebut. Tambah Zulin, Farhan membuktikan dia seorang lelaki yang ikhlas apabila menerima dirinya sejak badan berisi lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*