“Nanti Mesti Baby Rajin Pergi Sekolah…,” – Hasrat Wanita Mengandung Mengidam Nak Makan Nasi Di Kantin Sekolah Tercapai

Tidak asing lagi perkataan mengidam dengan ibu mengandung, ada yang sampai minta makanan yang pelik-pelik, sampai jenuh si suami hendak mencari!

Namun, berbeza pula dengan seorang wanita hamil ini yang hanya mengidamkan sesuatu yang ‘simple’ iaitu nasi kanak-kanak di kantin sekolah.

Dibelanja mak cik kantin & cikgu

Menerusi perkongsian pengguna Sya Aisyahra di laman Tiktok, dia yang kini mengandung tidak mengidamkan makanan yang mahal, namun hanya teringin untuk merasai nasi yang disediakan untuk kanak-kanak di kantin sekolah.

Video tersebut memaparkan Sya dan suami hadir sendiri ke SMK Tengku Laksamana, Alor Setar, Kedah bagi mendapatkan nasi yang diidamkannya. Menurut Sya, dengan budi bicara pengawal keselamatan sekolah, dia dibenarkan untuk memasuki kawasan sekolah dan menikm4ti hidangan tersebut di situ.

Boleh, kalau mengandung cakap elok-elok dengan pengawal, kalau tak boleh masuk mintak dia tolong bungkus pun tak apa, untuk lepas ngidam kan.

Video:

@syaaisyahra95

Gigih la suami pun p tanya guard sekolah, rezeki dapat jugak. Cikgu dgn mkcik kantin siap belanja😭🥰 #fyp

♬ Hujan Dimalam Minggu Remix – 𝑄𝑥𝑀♡︎

Tambahnya lagi, peniaga kantin dan cikgu sekolah tersebut turut membelanja hidangan mereka selepas mendapat tahu situasi dia yang sedang mengandung dan mengidam.

Rezeki dapat jugak. Cikgu dengan mak cik kantin siap belanja.

Video tersebut kini telah mengumpul jumlah tontonan lebih 200 ribu, dan 16.6 ribu tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, ternyata Sya bukan asing dalam situasi tersebut, bahkan ramai lagi ibu mengandung yang pernah mengidam untuk makan makanan di kantin sekolah, serta ada yang mengidam makanan di kantin lain seperti hospital dan penjara.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*