
Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam menghargai dan membahagiakan adik-beradik mengikut kemampuan diri sendiri.
Baru-baru ini tular di media sosial satu klip video memaparkan kisah seorang kakak yang menghadiahkan seutas gelang tangan emas berharga RM25,000 kepada adik perempuannya.
Menerusi perkongsian @anienanie89 di TikTok, dia menyediakan hadiah yang cukup bernilai itu sempena majlis pernikahan adik kesayangannya kerana berjaya menamatkan zaman bujang.
“Selamat pengantin baru buat adik ku, semoga bahagia hingga ke jannah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Video:
@anienanie87 Selamat pengantin baru buat adikku semoga bahagia hingga ke jannah…🥰
Sementara itu, reaksi adiknya ketika menerima gelang tangan berkenaan seolah-olah terkejut dan tidak menyangka bakal diberikan hadiah semahal itu.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai dan ada yang kagum melihat kasih sayang antara adik-beradik ini.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : Kosmo
Leave a Reply