[VIDEO] Penduduk siap pagar keliling halaman rumah, elak air masuk

Banjir yang melanda negeri pantai timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu ketika ini sememangnya di tahap membimbangkan sehingga ada kawasan yang sudah dinaiki air sehingga melepasi paras bumbung.

Namun, ada segelintir penduduk telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan lebih awal bagi mengelakkan kawasan rumah dimasuki air susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan sejak beberapa minggu lalu.

Seperti perkongsian @ise1199 di laman Tiktok memaparkan tindakan bijak penduduk di Kelantan yang memagar keseluruhan halaman bagi mengelakkan air yang lalu memasuki kawasan rumah mereka.

Menerusi rakaman yang dimuat naik, dapat dilihat keadaan arus deras pada jalan utama hanya melalui sahaja tanpa memasuki halaman rumah penduduk berkenaan setelah dihadang dengan penghadang tersebut.

Video:

@ise1199

Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg bukit abal, pasir puteh kelantan #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

“Rumah dia tak masuk air weiii. Banjir di kg Bukit Abal, Pasir Puteh Kelantan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan pantas tuan rumah tersebut dan memberi cadangan agar setiap penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir untuk melakukan kaedah seperti itu sebagai salah satu ikhtiar untuk mengelakkan air naik lebih teruk.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*