[VIDEO] Pengantin Perempuan ‘Gigil’ Nak Sentuh Suami Buat Ramai Terhibur

Melihat video pernikahan yang pernah tular di media sosial sebelum ini, ada segelintir bakal pengantin yang dilihat gemuruh tatkala berjabat tangan dengan tok kadi.

Itu belum lagi melafazkan akad nikah bagi menghalalkan hubungan dengan pasangan masing-masing sebagai suami isteri.

Masakan tidak, ketika itu pelbagai jenis rasa bergelut dalam diri. Hati berdebar-debar dan j4ntung pula berdetak kencang. Deb4ran dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Selain itu, ada juga pasangan pengantin yang seolah-olah malu dan segan untuk bergambar selepas selesai sesi akad nikah, seperti yang kami akan dikongsikan ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh akaun Tiktok fanasofea, kelihatan pengantin perempuan cukup malu dan masih gementar untuk memegang tangan pengantin lelaki.

Video:

@fanasofea

siapa yg ckp dibuat buat tu? nah lah kita kasi lagi, semua video memang di ambil curi, pegantin pun takde laman sosial 😅 #fypシ #fypシ゚viral #fypage

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Pengantin perempuan berkenaan yang mengenakan persalinan berwarna merah dilihat sangat gementar, sehingga tangannya menggigil ketika memegang tangan pengantin lelaki.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 1.6 juta tontonan, 109k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat merpati dua sejoli ini.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok fanasofea

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*