“Hari Ini Freehair, Esok Dah Pakai Hij4b”- Lufya Akui Hijrah Mudah Tapi…

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar akui hendak berhijrah itu perkara yang mudah tetapi untuk istiqamah agak sukar.

Kata Lufya yang mula berhijab pada tahun 2015, konsisten itu bukan mudah.

“Nak hijrah mudah..Hari ini freehair esok dah boleh pakai hij4b.

“Yang susah tu Istiqamah.Istiqamah ni maknanya tetap teguh mengikuti satu jalan dan konsisten,” katanya.

Lufya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lufya (@lufyalaana)


Jelas Lufya, Iman seorang muslim itu mudah untuk naik dan turun jika ia tidak dijaga.

“Iman manusia mana yang tidak naik dan turun? Kadang solat dijaga, tapi lemah bab mengawal em0si, tidak berpakaian syari’e,dan sebagainya.

“Kadang akhlak dah elok dengan sesama manusia tapi tiada amalan dan solat awal waktu tidak dijaga.

“Masalahnya kita tak tahu dengan amalan apakah yang terakhir kita lakukan yang Allah terima untuk masuk syurga,” tegasnya.

Justeru Lufya menasihatkan agar tidak mudah putus asa dengan ujian dan cabaran hidup di dunia supaya teguh dengan agamanya.

“Konklusinya jangan pernah putus asa dalam menjalani ujian serta cab4ran hidup di dunia yang sementara ini kerana Allah tidak pernah ‘putus asa’ terhadap hambaNya.

“Selagi hambaNya sentiasa berusaha memperbaiki diri dan memohon keampunan dariNya,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*