Dipuji Seperti Lelaki Korea, Hun Haqeem Buat Peminat Tak Keruan

Baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan pelakon Hun Haqeem muncul bersama dua wanita korea yang juga personaliti media sosial dikenali sebagai Jade Blimey dan Blimey Dasol.

Melihatkan pada video tersebut, dua wanita itu dilihat terpesona melihat Hun Haqeem di hadapan mereka. Malah, turut dikongsikan video Hun menari bersama mereka.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji ketampanan Hun yang dikatakan seperti lelaki Korea.

Malah, ramai peminat yang cemburu kerana mereka di Malaysia pun belum berpeluang bertemu dengan Hun namun mereka yang datang dari Korea sudah bertemu dengan pelakon itu.

Dalam pada itu ada yang mengatakan Hun mungkin ada peluang untuk berlakon di Korea Selatan.  Setakat ini, video tersebut mendapat sebanyak 1.2 juta tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : rotikaya, sinarviral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*