Fizikal yang besar dan bvlu yang gebu, kucing gergasi baka Maine Coon kini jadi sensasi internet

Seekor kucing dari baka Maine Coon menjadi sensasi internet disebabkan keadaan fizikalnya yang besar serta bvlunya yang gebu, selain mempunyai rupa paras unik, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kucing yang diberi nama Richie itu mula dipelihara oleh seorang wanita dari Perancis, Adriana, ketika fasa terawal p4ndem1k c0vldl9.

Ia mempunyai bvlu berwarna campuran hitam dan putih, di mana bahagian wajah dan kakinya berwarna hitam, manakala bahagian badannya dipenuhi dengan warna putih.

Pesonanya yang unik itu membuatkan Richie mempunyai lebih 126,000 pengikut di laman media sosial yang mengagumi kecantikannya.

“Selepas memuat naik sebuah video Richie di Instagram, ia menerima populariti luar biasa sehingga video itu mendapat lebih sejuta tontonan.

“Kegilaan internet amat luar biasa. Berita mengenai Richie kini berada di mana-mana di seluruh dunia termasuk di media sosial China,” kata Adriana.

Tambah Adriana, Richie merupakan seekor kucing yang baik dan mudah mesra.

“Ia amat suka bertemu dengan orang ramai terutamanya kanak-kanak. Ia kelihatan seperti amat menggemari kanak-kanak walaupun mereka sering t4kut kepadanya.

“Richie juga gemar bermain dan mempunyai bilik permainannya sendiri. Selain itu, ia banyak menghabiskan masa dengan tidur dan mengasingkan diri apabila ingin berehat,” kata Adriana.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*