Jejaka tinggi lampai tebal muka berkali-kali terlanggar chandelier di restoran… paling win ada nak upah pasang langsir raya tapi kalau jadi model boleh je!

LAPORAN satu kajian yang menyatakan individu pendek mempunyai jangka h4yat hidup lebih lama berbanding orang tinggi lampai pernah menjadi topik perbualan netizen, suatu masa lalu.

Bagi Zahareen Hamzah, 22, yang berketinggian 189 sentimeter (sm), dia hanya ketawa saat ditanya mengenai dapatan kajian tersebut.

Senang disapa Zaym, jejaka tinggi lampai dari Subang, Selangor itu mengakui kelebihan fizikalnya kadang-kala membuatkan dia s4kit kepala.

Mana tidaknya, dia kini sukar untuk mencari pakaian normal sehingga terp4ksa mengupah tukang jahit untuk menghasilkan baju buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Baju dan kemeja memang terp4ksa tempah. Seluar tak ada mas4lah sangat. Bila dah macam ni, saya terpaksa ada tukang jahit tetap, apa-apa baju saya akan tempah dengan dia. Harganya pun tinggi sikit, sebab ditempah khas.

“Bila nak beli pakaian di kedai, saya tiada pilihan sangat. Kena ambil saiz besar, kemudian kena alter semula. Kalau tidak, baju yang dibeli akan kelihatan senteng, dah macam crop top,” ujarnya berseloroh.

Imbas Zaym, dia hanya memiliki ketinggian biasa sepanjang membesar, namun segalanya berubah ketika dia menginjak ke tingkatan empat.

zaym4

Video dikongsi Zaym meraih perhatian netizen.

“Sejak kecil sampailah tingkatan tiga, saya seorang yang pendek. Ketika masuk tingkatan empat, tinggi saya bertambah sampai sekarang.

“Pernah sekali, saya tak jumpa kawan dalam sebulan. Masa kali terakhir jumpa, kami sama tinggi. Sebulan kemudian, dia dah berada pada paras bahu saya.

Ada yang nak tempah saya untuk bantu pasang langsir masa malam raya, ada juga yang suruh saya jadi model.

ZAYM

“Kali terakhir saya ukur pada bulan lepas, tinggi semasa saya 1.89 meter. Abang saya pun tinggi, mencecah dua meter,” ujar Zaym yang bekerja dalam syarikat pembekalan mesin perubatan.

Gara-gara ketinggian yang dimiliki, Zaym juga berhadapan cab4ran lain yang kadang-kala mengganggu kehidupan sehariannya.

“Kalau naik kereta, saya tak boleh duduk di bahagian belakang. Kalau kereta macam Perodua Myvi atau Viva, memang rapat kepala dengan bumbung. Jadi ada sesetengah kereta saya tak boleh bawa.

zaym3

Ketinggian Zaym meningkat ketika dia berusia 16 tahun.

“Pernah juga bila ke restoran, kepala saya terhantuk chandelier. Satu kedai tengok, memang m4lu pada waktu itu. Ia bukan berlaku sekali, tapi dah banyak kali,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, video Zaym berkaitan ketinggiannya turut meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih 300,000 tontonan di TikTok.

Dalam video itu, Zaym berada di dalam bilik mandi sambil menunjukkan kepalanya yang hampir sama tinggi dengan pancuran air.

zaym2

Zaym bersama kedua ibu bapanya.

“Awalnya, ada orang tak percaya ketinggian saya. Jadi saya buat video itu. Tak sangka tiba-tiba blow up. Macam-macam komen saya terima.

“Ada yang nak tempah saya untuk bantu pasang langsir masa malam raya, ada juga yang suruh saya jadi model. Kalau ada rezeki dan peluang, InsyaAllah saya terima,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*