“Kunfaya Kun, Apabila Allah Izinkan…,” – Marsha Milan Syukur Nikmat, Stacy & Akim Terh4ru Bangga

Kemenangan pertama kali penyanyi, Marsha Milan Londoh di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) yang berlangsung semalam memberikan makna tersendiri buat bintang asal Sabah ini.

Menenangi kategori Persembahan Terbaik dan Naib Juara AJL36 menerusi lagu Cinta hasilan komposer Akim Ahmad (Hang Nadim) dan isterinya, Stacy (Bunga Cantik), kemenangan menjadi pemangkin semangat buatnya untuk terus berkarya.

“Kunfaya kun, apabila Allah izinkan Alhamdulillah terjadi. Jujurnya saya berdepan dengan banyak ujian termasuk dij4ngkiti c0vldl9 sebelum ini,” katanya.

Marsha berkata, susunan lagu yang dilakukan oleh Genervie Kam berkenaan memang seperti apa yang dimahukannya serta mendapat keterbukaan dari komposernya juga.

“Allahuakbar, semua ini rezeki dan hikmah buat saya. Syukur sangat-sangat. Kejayaan ini hadir selepas saya mencuba beberapa kali,” katanya seb4k.

Sementara itu, Stacy dan Akim juga masing-masing mengakui Marsha menjadikan Cinta begitu indah dan lagu karya mereka kelihatan lebih gah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

“Kami hanya datang tanpa harapan dan percaya Marsha mampu melakukan persembahan terbaik. Jujurnya bila tengok persembahan Marsha saya jadi yakin dan mula betulkan rambut kerana macam akan naik ke pentas,” seloroh Stacy.

Akim pula menambah, berkata, mereka puas hati dengan persembahan Marsha dan kemenangan yang dicapai menjadi satu bonus.

Malah lagu Cinta itu sendiri memang karya yang dibuat khas untuk penyanyi itu.

Komen netizen:

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*