[VIDEO] Pemuda cu4k tersalah masuk tandas wanita

Sudah menjadi lumrah, apabila berlaku insiden yang tidak disengajakan disebabkan kecuaian diri sendiri sehingga boleh meng4ibkan terutamanya apabila berada di kawasan tumpuan ramai.

Semalam, kecoh di media sosial mengenai video seorang pemuda, Rizqin Daniel yang memaklumkan dia telah tersalah masuk tandas wanita di sebuah pusat beli-belah.

Menurut Rizqin, semuanya berpunca apabila ikon yang dipaparkan di luar kawasan tandas mencetuskan salah faham.

“Saya tak sengaja, ikon kat luar keliru sangat,” katanya.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, dia memutuskan untuk tunggu di dalam sebuah bilik tandas sehingga keadaan di luar selamat untuknya keluar kerana risau jika kehadirannya itu diketahui oleh wanita lain.

@rizqindaniel

Saya tak sengaja. Washroom icon dia confusing sangat . 😭😭😭

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

@rizqindaniel

Reply to @atinssss aku tertidur. Baru perasan ada tong sampah for women 😭😭😭

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

Rizqin turut meluahkan rasa ris4u apabila mendengar suara wanita di luar tandas berkenaan.

Apa yang menarik, dia sempat tertidur di dalam bilik tandas disebabkan perlu menunggu hampir empat jam sebelum berjaya keluar.

“Aku sampai tertidur tunggu masa nak keluar dengan selamat, dan aku baru perasan ada tong sampah untuk wanita,” ujarnya.

“Aku dah berjaya keluar lepas empat jam, bateri telefon pun dah nak habis,” luahnya.

@rizqindaniel

Reply to @alfnrazhr aku dah keluar. Sorry muka barai 😂👍🏻 thank you yang mana concern.

♬ original sound – Rizqin Daniel – Rizqin Daniel

Rentetan daripada kisah pemuda yang tular itu, rata-rata orang ramai memberikan beberapa tips sekiranya berdepan situasi tersebut selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*