Graduan terharu pensyarah bertindak ‘sweet’ jadi pengganti keluarga di majlis konvo… sanggup berpanas, tunggu sejak pagi

HANYA sekadar berkongsi resepi masakan, seorang pelajar tak menyangka akan menjadi ‘bestie‘ pensyarahnya.

Malah, keakraban mereka mendorong pensyarah berkenaan hadir dan menemaninya pada Hari Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM), 20 Disember 2021 sekali gus sebagai pengganti keluarga pelajar itu yang tiada di sisi.

Bercerita kepada mStar, Nik Nur Anis Izzaty Nik Azman, 26, berkata, dia sudah merancang perjalanan dan persiapan keluarga untuk menghadiri majlis graduasi sebaik mengetahui tentang tarikh hari bersejarah itu.

Namun, katanya, segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana banjir tiba-tiba melanda Selangor.

“Selepas tarikh konvo diumumkan setelah beberapa kali ditangguhkan memang saya 100 peratus yang uruskan perjalanan dan semua persiapan untuk keluarga datang ke USM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Lagipun kita kena ikut SOP yang ditetapkan sebab c0vldl9. Seperti yang dirancang saya mengambil keputusan untuk bawa ibu bersama empat lagi adik-beradik dari Bachok, Kelantan ke rumah adik di Puchong, Selangor. Kami tiba tiga hari lebih awal dari tarikh konvo untuk ambil gambar kenangan.

“Saya pilih untuk photoshoot awal sebab kebanyakan studio kat Pulau Pinang dah penuh. Jadi saya buat keputusan untuk bergambar bersama keluarga di Putrajaya sebelum saya gerak dulu ke Pulau Pinang pada 18 Disember untuk pre-convo bersama kawan.

“Ikut perancangan, keluarga akan datang sehari sebelum saya konvo memandangkan saya dah berada di sana bersama kawan-kawan,” ceritanya.

Anis semasa mengikuti pengajian di USM

Anis semasa mengikuti pengajian di USM.

Menurut graduan jurusan pendidikan itu lagi, ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang bersama kawan-kawan, dia mendapati banyak jalan yang ditutup disebabkan banjir.

Malah katanya, perjalanan yang memakan masa selama empat jam, telah bertukar menjadi lapan jam.

“Masa tu hujan tak berhenti dan ada jalan yang dah tutup sebab banjir tapi kami teruskan juga perjalanan yang sepatutnya empat jam.

“Semasa sampai di Pulau Pinang, saya terima panggilan dari keluarga di Selangor. Mereka cakap kawasan rumah dah banjir dan air dah masuk ke dalam rumah.

“Saya dah tak fikir yang lain dan hanya berdoa agar keluarga saya selamat. Sepanjang masa memang saya akan hubungi keluarga untuk memastikan mereka selamat.

Rata-rata netizen mendoakan Anis dan memuji tindakan pensyarahnya.

Rata-rata netizen mendoakan Anis dan memuji tindakan pensyarahnya.

“Perasaan gembira pun dah berubah sed1h memandangkan saya tak dapat bersama mereka di saat mereka dalam kesusahan,” ujarnya sayu apabila mengimbau semula kenangan tersebut.

Bercerita lanjut, anak kedua daripada lima adik-beradik ini berkata, sehari sebelum majlis konvokesyen dia dimaklumkan bahawa paras air semakin tinggi dan keluarga terpaksa berpindah ke rumah abangnya pula di Kajang.

“Mak juga beritahu yang mereka mungkin tidak dapat hadir ke majlis graduasi saya. Masa tu saya cakap ‘okay tak apa asal semua selamat’.

“Tapi, malam sebelum hari konvo saya masih berharap mereka ada walaupun dah tahu perkara tu tak akan terjadi.

Gambar kenangan konvokesyen Anis bersama keluarga berjaya dirakam di studio sebelum banjir melanda Selangor.

Gambar kenangan konvokesyen Anis bersama keluarga berjaya dirakam di studio sebelum banjir melanda Selangor.

“Sampailah hari konvo masa nak masuk dewan banyak kali saya cakap kat kawan yang keluarga tak dapat datang dan mereka hanya dapat tengok saya naik pentas melalui siaran langsung di portal Facebook USM… nanti keluar dewan tiada sesiapa nak sambut,” rintihnya.

Dia yang kini merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle Petaling Jaya bagaimanapun tidak menyangka pensyarahnya akan setia menunggu di ruang luar dewan.

Bercerita lanjut mengenainya, dia yang lebih mesra disapa Anis memberitahu, kehadiran pensyarah subjek Psikolinguistik (kajian bahasa), Dr Ivy Jong itu bukan hanya mengubah suasana muram yang dirasai tetapi berjaya mengembalikan senyumannya.

Rupanya dari pagi Dr tunggu saya sampai pukul 12 tengahari. Masa tu saya memang terharu dan bersyukur. Dr bukan sahaja jadi ibu bapa saya tapi Dr juga teman saya sepanjang majlis tersebut seperti keluarga orang lain.

NIK NUR ANIS IZZATY NIK AZMAN

Menceritakan kenapa pensyarahnya boleh hadir pada majlis graduasi bagi meraikannya, jelas Anis, wanita itu yang dipanggil Dr Ivy sempat bertanyakan sama ada keluarganya boleh hadir ke majlis graduasi atau tidak kerana mengetahui bahawa mereka terk4ndas banjir.

“Semasa saya dalam dewan Dr WhatsApp saya dan cakap ‘jangan sedih Dr ganti keluarga awak, nanti dah keluar dewan bagitahu Dr pergi’.

“Rupanya dari pagi Dr tunggu saya sampai pukul 12 tengahari. Masa tu saya memang terharu dan bersyukur. Dr bukan sahaja jadi ibu bapa saya tapi Dr juga teman saya sepanjang majlis tersebut seperti keluarga orang lain.

“Dia tolong ambilkan gambar saya, sediakan bunga dan masa tu saya tahu dia cuba bahagiakan pelajarnya. Dia datang teman saya sampai selesai padahal masa tu cuaca sangat panas,” katanya.

Kehadiran Dr Ivy kembalikan keceriaan Anis pada majlis graduasinya

Kehadiran Dr Ivy mengembalikan keceriaan Anis pada majlis graduasinya

Menurut Anis lagi, keakraban dia dan Dr Ivy bermula daripada perkongsian resepi masak lemak udang cara Kelantan.

Katanya, pada masa itu, Dr Ivy teringin untuk belajar cara memasak hidangan berkenaan.

“Selepas hari tu memang kami mula rapat dan kami rapat dalam dua watak dan situasi yang berbeza. Bila kat kelas saya sebagai seorang pelajar dan dia sebagai guru.

“Saya seperti pelajarnya yang lain bila kat kelas tiada berat sebelah atau layanan yang berbeza dengan pelajar lain. Kami sangat profesional dan saya juga tidak melebihi batas sebagai seorang pelajar walaupun saya rapat dengan Dr Ivy.

Dr Ivy sanggup menunggu Anis sehingga majlis graduasi selesai.

Dr Ivy sanggup menunggu Anis sehingga majlis graduasi selesai.

“Berbeza jika kami kat luar kelas, kami lebih akrab seperti keluarga. Watak sebagai pelajar dan pensyarah pun berubah,” katanya.

Menurutnya, dia juga rapat dengan keluarga Dr Ivy di Sarawak dan mereka semua mendoakan saya menjadi guru di sana supaya lebih dekat.

Kehadiran pensyarahnya itu menyebabkan video majlis konvokesyen yang dimuat naik di TikTok menjadi tular sehingga ditonton lebih 331,000 pelayar selain mendapat hampir 48,000 tanda suka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*