“Manis bertudung, sejuk hati,” – [VIDEO] Penampilan Bella Astillah Manis berhijab dipuji ramai

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang dikenali sebagai seseorang individu yang mempunyai pelbagai bakat dari segi nyanyian serta menari seperti video-video beliau kongsikan di laman media sosial miliknya.

Umum mengetahui bahawa Bella dan suami iaitu Aliff Aziz sebelum ini telah mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah selepas Aliff menjuarai program Gegar Vaganza musim ke-8.

Ketika berada di Tanah Suci Makkah, perkongsian bersama suaminya, Aliff Aziz rata-rata menarik perhatian netizen, dimana Bella dilihat memakai tudung litup dengan sopan dan kemas.

Baru-baru ini menerusi laman Tiktok miliknya, Bella sekali lagi mencvri perhatian netizen kerana tampil manis berhijab, ketika menghadiri suatu majlis.

Video:

@bellaastillah_94

Love, Dexandra🥰

♬ original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Tampil berhijab dengan jubah serba hitam, Bella rata-rata mendapat pujian dan doa dari netizen, yang rata-rata mendoakannya agar terus istiqomah.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 235k tontonan, 15.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok bellaastillah_94

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*