Sebulan istikharah, 4 kali mimpi tetap buntu nak ke Al-Azhar! Pemuda dapat petunjuk selepas disapa pakcik di masjid sambil hulur sampul berduit

MEMASUKI tahun terakhir pengajian di Universiti Al-Azhar, sudah pasti banyak kenangan suka dan dvka sudah dilalui pelajar ini.

Menurut Abdul Mujib Othman, 23, dari Alor Gajah, Melaka, perjalanannya untuk menuntut ilmu di Mesir tidaklah semudah yang disangka, malah cukup berat untuk diceritakan semula.

Imbas penuntut bidang Usuluddin (Akidah dan Falsafah) itu, dia nyaris melupakan impian untuk ke Al-Azhar kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya.

“Saya sebenarnya tak pernah ada impian untuk ke Al-Azhar. Tapi selepas ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2017 dan dapat keputusan yang baik, baru saya terdetik untuk belajar di sana.

“Ayah saya berniaga madu dan ubat-ubatan dengan gaji sekitar RM1,500 ke RM2,000 sebulan dengan tanggungan kami 11 beradik. Pada waktu itu, tiada pinjaman mahupun biasiswa ditawarkan. Saya nak ke Mesir tapi tiada duit,” ujarnya yang senang disapa Mujib.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurut anak keenam itu, dia melakukan solat sunat Istikharah selama sebulan untuk mencari jawapan terhadap kebuntuan yang dialami berhubung hasrat menyambung pengajian ke Mesir.

Sepanjang tempoh itu, Mujib turut didatangi mimpi sama sebanyak empat kali, seolah-olah memberi bayangan terhadap hasrat yang diidam-idamkan olehnya.

mujib3

Mujib merupakan anak keenam daripad 11 beradik.

“Dalam mimpi itu, saya berada di Mesir, tapi saya belum nampak jalan untuk ke sana. Saya jadi makin pelik,” ujarnya lagi.

Imbas Mujib, dia bersyukur apabila Allah akhirnya menghadirkan pertolongan pada hari terakhir sebelum pengesahan pendaftaran masuk ke Al-Azhar ditutup, sekali gus mengubah impiannya menjadi realiti.

Pada hari terakhir permohonan itu, saya pergi solat Subuh di masjid. Selepas solat, ada seorang pakcik sapa saya dari belakang.

MUJIB

“Saya masih ingat, masa tu borang permohonan untuk ke Mesir tinggal lagi sehari untuk ditutup. Kalau nak hantar borang permohonan sekali dengan tiket dan ejen, ia semua makan kos dalam RM4,000. Saya kata dalam hati, duit tak ada.

“Pada hari terakhir pengesahan permohonan itu, saya pergi solat Subuh di masjid. Selepas solat, ada seorang pakcik sapa saya dari belakang. Dia kata, pakcik dengar kamu nak belajar luar negara. Masa tu bvlu roma saya merem4ng.

“Dia tanya sekiranya saya ada mas4lah. Saya kata memang ada mas4lah kewangan. Kemudian pakcik tu keluarkan sampul dari kocek dan beri kepada saya. Saya balik ke rumah, saya buka, ada RM4,000 di dalamnya. Saya jadi seb4k kalau ingat balik.

mujib2

Mujib kini aktif berdakwah menerusi podcast dan video bacaan al-Quran menerusi TikTok.

“Sepanjang hidup saya, baru dua kali saya jumpa pakcik tu. Dia bukan orang kampung saya. Dia tinggal di tempat lain, cuma dia pulang ke kampung ketika raya ataupun ketika ada majlis,” imbasnya lagi.

Kata Mujib, dia tidak akan melupakan peristiwa itu yang mana ia menjadi pendorong untuknya menuntut ilmu dan menjadi insan berguna buat masyarakat, agama dan negara.

Kini, Mujib juga melakukan dakwah dengan cara tersendiri dengan penghasilan podcast (rakaman audio digital) serta video-video bacaan al-Quran menerusi TikTok.

mujib4

Mujib dijangka menamatkan pengajiannya tahun ini.

“Saya dapat kesedaran untuk berd4kwah sejak datang ke Mesir. Setakat ini, podcast saya dikongsi menerusi Instagram dan laman muzik Soundcloud. Di TikTok pula, saya buat video bacaan al-Quran.

“Suatu masa lalu, mungkin peluang berd4kwah hanya di atas mimbar, dalam masjid mahupun dalam majlis ceramah. Tapi dengan adanya media sosial, d4kwah juga boleh dilakukan menerusi Instagram, TikTok, Instagram dan sebagainya.

“Rugi kalau kita tak manfaatkan peluang yang ada. Ini satu perkara yang baik,” ujarnya yang bercita-cita untuk bergelar pensyarah suatu hari nanti.

Akhir kata, Mujib turut berharap agar usaha murninya dalam menyampaikan dakwah dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Malah, dia juga berazam untuk mempelbagaikan kandungan dakwah menerusi podcast, TikTok mahupun video YouTube pada masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*