“Bud4k Ni Nak Bersalin Tapi Suruh Balik Pasang Lampu Kucing,”-Harith Zazman Dapat Anak Lelaki

“Bud4k ini nak bersalin dah! Dia boleh suruh kita balik buka lampu sebab kesian dekat kucing gelap-gelap”.

Demikian tulis penyanyi lagu Cute (Stop Lah Being So Cute), Harith Zazman di Twitter, berkongsi situasi ketika isterinya, Nuramalina Ghakashah menantikan detik untuk melahirkan anak sulung mereka, awal pagi, hari ini.

Harith, 28, ketika dihubungi berkata, mereka turut memaklumkan nama yang sudah diberikan kepada anak lelakinya itu.

FOTO; IG

“Alhamdulillah, pr0ses kelahiran berjalan lancar secara normal tepat jam 1.05 pagi tadi. Bayi kami diberi nama Farrel Ali, dan dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur.

“Insya-Allah, esok, isteri dan anak saya, Farrel Ali akan dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani pr0ses berpantang,” katanya kepada Harian Metro.

Harith berkata Nuramalina memaklumkan, dia berasa ada rasa ‘tak kena’ ketika mereka keluar membeli barangan keperluan bayi, malam semalam.

“Awalnya, kami nak duduk di rumah sahaja, tapi semalam kami keluar juga sebab nak beli beberapa barangan keperluan bayi. Kemudian, isteri memaklumkan kepada saya, ada rasa yang tak kena.

“Jadi, saya terus membawanya ke h0spital untuk pemeriksaan. Selepas berlaku beberapa k0ntraksi, dia dipindahkan dari bilik menunggu ke ruang bersalin. Semuanya berlaku dengan sangat p4ntas,” katanya.

Harith juga berkongsi persiapannya untuk menjalani kehidupan sebagai bapa dan menjadi bayinya bersama isteri.

“Ramai kawan-kawan yang beri nasihat kepada saya supaya bersiap sedia untuk bersengkang mata menjaga bayi dan sebagainya. Saya dah bersiap sedia dan akan bercuti untuk menjaga bayi kami sehingga isteri saya selesai berpantang,” katanya.

Selain itu, Harith juga memaklumkan, dia kini dalam pr0ses pembikinan lagu istimewa yang didedikasikan kepada cahaya mata pertamanya itu.”Ia masih dalam pembikinan dan saya akan bekerjasam dengan komposer lain juga. Tapi, bila ia akan dikeluarkan, saya sendiri belum ada jawapan yang spesifik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harith Zazman (@harithzazman)

KOMEN NETIZEN;

Untuk rekod, Harith dan Nuramalina diijabkabulkan pada 28 Ogos tahun lalu selepas saling berkenalan apabila isterinya menjadi model vide0 muzik single pertamanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Harian Metro / https://bm.cari.com.my/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*