” It was supposed to be Anzalna’s last check up,” – Tahniah! Anzalna Nasir selamat bersalin anak kedua

Pelakon cantik Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada hari ini.

Khabar gembira itu telah diumumkan oleh suaminya, Hanif Zaki menerusi akaun Instagram mereka.

“Alhamdulillah syukur, Barokah Friday! Our second baby selamat dilahirkan today. It was supposed to be Anzalna’s last check up. However, Allah works in a mysterious way,” maklumnya.

Dalam pengumuman tersebut, Hanif Zaki turut memaklumkan hari ini sepatutnya merupakan ‘check up’ Anzalna yang terakhir, namun ketentuan Allah sentiasa menjadi misteri untuk kita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanif Zaki (@hanif_zaki)

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 5k tanda suka dan pelbagai komen dari rakan artis serta netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada Anzalna Nasir dan suami.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Hanif Zaki pada 2016 dan pasangan ini sudah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 2 tahun.

KOMEN RAKAN ARTIS & NETIZEN;

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber: Instagram anzalnanasir88 / https://burmeseasia.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*