Setahun ziarah kvbur 2 anak setiap hari, pasangan warga emas beri jawapan pilu ditanya ‘kenapa tak doa dari rumah?’

KEm4tiAN dua anak lelaki akibat virus c0vldl9 pada Ogos tahun lalu memberi kesan yang cukup mendalam buat pasangan warga emas ini.

Setiap hari, Adnan Zakaria, 71, yang juga bilal masjid bersama isterinya Che Sayang Arshad, 67, akan menziarahi pus4ra dua anak mereka yang dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Permatang Bendahari, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Video memaparkan rutin harian pasangan itu meruntun emosi netizen apabila ia dikongsi ke media sosial oleh anak ketujuh mereka, Muhammad Nazreen, 28, sehingga meraih ratusan ribu tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menurut Nazreen yang juga eksekutif bahagian D4kwah Zakat Pulau Pinang, dia sendiri turut seb4k mengenangkan nasib kedua orang tuanya yang terlalu sedih dengan kem4tian berkenaan.

“Abang nombor tiga (Syiful Iskandar) men1ngg4l pada Rabu petang manakala abang nombor empat (Mohd Noor Badarudin) men1ngg4l dunia pada awal pagi Khamis. Kiranya mereka men1ngg4l dvnia dalam tempoh beberapa jam, selang sehari.

“Jen4zah kedua-dua abang saya dikebvmikan bersebelahan, tak jauh dari rumah mak ayah. Setiap hari mereka akan ke kvbur. Selesai solat Subuh, dalam pukul 7 mereka akan keluar menaiki motor dan kembali ke rumah pada pukul 9 pagi.

“Mak dan ayah akan bawa tikar untuk duduk di vbur. Selain rutin membaca al-Quran, mereka juga akan siram air dan gosok batu nisan. Tak pernah terlepas pergi ke kvbur setiap pagi kecuali pada hari hujan,” ujarnya.

Menurut Nazreen, dia juga tidak menyangka video rutin harian kedua ibu bapanya yang dikongsi ke aplikasi TikTok akan meraih perhatian ramai.

Video yang dikongsi Nazreen ke TikTok tular dan merih lebih 100,000 tontonan.

Tambahnya lagi, dia terharu membaca komen netizen yang banyak memberi kata-kata sokongan dan mendoakan kesihatan kedua ibu bapanya.

“Sejak abang men1ngg4l, pagi-pagi mereka tak duduk di rumah. Hari-hari pergi kvbur. Sebab tu saya rasa terdetik nak buat video lepas dekat setahun berlalu. Tak sangka jadi viral di TikTok.

Pemergian dua beradik dalam tempoh singkat ak1bat c0v1dl9 ternyata meruntun hati seluruh keluarga.

“Saya pernah tanya mak ayah, kenapa pergi kvbur setiap hari sedangkan boleh berdoa dari rumah. Mereka kata, mak ayah mana yang rela tengok anak yang dilahirkan dan dikandung pergi dulu.

“Lepas tu, mak ayah kata mereka rasa lebih dekat kalau pergi ke kvbur. Rasa macam dua abang saya masih ada lagi,” ujarnya seb4k.

Kata Nazreen, suasana meriah lapan beradik setiap kali tiba sambutan Aidilfitri dan Aidiladha juga sudah tidak dirasai selepas dua abangnya dijemput Ilahi.

Lebih pilu, sambutan hari mulia itu bertukar hambar dan hanya bersulamkan air m4ta apabila ahli keluarga men4ngisi pemergian dua abangnya yang sudah tiada.

“Suasana raya memang tak sama macam sebelum ini. Dulu suasana lain masa dua abang masih ada. Kami semua adik-beradik akan balik kampung, tanya mak nak beli apa, nak masak apa.

pusara1

Antara komen netizen di TikTok.

“Tapi sekarang berbeza. Aidiladha kali ni sama je macam Aidilfitri. Memang suram, tak ada masakan istimewa, baju raya pun mak ayah tak nak beli. Jadi suram je seharian. Lepas sembahyang mesti menangis,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kedua-dua arw4h meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*