[VIDEO] Tidak sengaja ‘ced3rakan’ ibu, comelnya cara anak Eyra Hazali minta maaf

Pelakon Eyra Hazali adalah seorang pelakon yang mula menceburi bidang seni ini sejak dari kecil lagi. Umum sedia maklum bahawa Eyra Hazali mempunyai anak lelaki yang sangat comel bernama Hayder Qhalish. Kecomelan Hayder ini sering mencvri perhatian ramai.

Telatah comel yang selalu dimuatnaik di pelbagai media sosial membuatkan Hayder menjadi terkenal dan ramai yang tertunggu-tunggu video comelnya. Sejak kecil lagi Eyra memang sudah memperlihatkan anak lelakinya itu dengan video-video aktiviti bersama Hayder.

Eyra juga sebelum ini memaklumkan yang dirinya kini baru berjinak-jinak di laman Tiktok dan telah membuka akaun rasminya di platform media sosial itu.

Menerusi video yang tular di laman Tiktok miliknya, Eyra memuat naik satu video yang memaparkan dirinya sedang ‘bermain’ patung dinosaur dengan putera sulungnya iaitu Hayder Qhalish.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat Hayder Qhalish yang dilihat meminta maaf setelah secara tidak sengaja ‘menced3rakan’ ibunya menggunakan patung dinosaur.

Video:

@eyrahazali21

♬ original sound – Mama Hayder&Endra – Mama Hayder&Endra

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 473.8k tontonan, 82.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat Hayder Qhalish.

Sekadar info, Eyra Hazali sah bergelar isteri kepada penjaga gawang gol bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Haziq Nadzli, 24.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Khalish dan Muhammad Endra Haqimie.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: tiktok eyrahazali21

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*