Neelofa Jawab Isu Inai Tak Mesra Wuduk & Warna Macam Kuku Terkepit Pintu

Baru-baru ini, nama pelakon Neelofa menjadi bualan ramai di media sosial selepas segelintir pembeli inai jenama Nunha mend4kwa produk itu tidak mesra wuduk selain warna dikatakan seperti kuku lebam terkepit pintu.

Guna bahan semulajadi

Enggan berlanjutan, Neelofa tampil memberi penjelasan di Instagram Stories pada Selasa. Menurut Neelofa, 33, dia sangat menitikberatkan isu mesra wuduk ketika proses persampelan.

Tegas pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, produk inainya sama sekali tidak menggunakan pewarna makanan dan hanya bahan semulajadi yang diletakkan.

Ramai yang nak saya jelaskan isu berkaitan tidak sah solat. Semasa proses persampelan, perkara pertama saya pentingkan ialah tiada pewarna makanan. Ramai jenama lain yang perli kami guna pewarna makanan.

Ini bukan seperti inai lain tetapi telah ditambah pewarna makanan. Kami tidak letak pewarna makanan langsung, saya sangat anti perkara tersebut. Kami gunakan bahan-bahan semulajadi.

Saya pun tak tahu kenapa kecoh sebab sebelum ini ramai jenama lain sudah dijual yang tidak sah solat. Namun mungkin kerana inai ini Neelofa yang hasilkan, sebab itu jadi isu.

D0sa sendiri tak tertanggung

Tambah bekas hos program MeleTOP, dia berhati-hati ketika menghasilkan produk kerana enggan menanggung d0sa pengguna inai Nunha.

Nak buat yang tidak sah solat? Dosa sendiri pun tidak tertanggung, apatah lagi nak tanggung d0sa berjuta orang di luar sana.

Saya pun buat benda ini sangat berhati-hati, tak tahu berapa puluh kali telah buat usaha untuk pastikan semua bahan yang digunakan diluluskan.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas PU Riz menyatakan dia akan menjemput pakar dalam sebuah majlis yang akan diadakan dalam masa terdekat untuk menerangkan secara detail berkenaan isu terbabit.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*