[VIDEO] Berpelvkan Di Genting Highlands, Aliff Aziz & Intan Najuwa Cvri Tumpuan – “Shooting Drama, Jangan Salah Faham”

Pelakon Aliff Aziz dan Intan Najuwa mencvri perhatian ramai apabila sebuah rakaman video pasangan itu berada di kota keriangan Genting Highlands tular di laman sosial.

Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @lovethv_ memuat naik video aksi dua pelakon itu saling berpelvkan sambil Intan memegang tangan Aliff.

Meraih pelbagai tanda tanya dan spekulasi wargamaya, perkongsian berdurasi kurang 15 saat itu sebenarnya merupakan sebahagian daripada penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter yang mengandingkan Aliff dan Intan sebagai pelakon utama.

“Diorang shooting drama jelah. Jangan salah faham #biasalahdramamelayu,” tulis penguna tersebut.

Video:

@lovethv___

Nahh dtg genting jumpa retis retis mane ni?‍? #fyp #viral

♬ ชอบเธออ่ะ – K.Story009

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang variasi reaksi yang berbeza daripada wargamaya.

Dalam pada ramai yang tidak menyangka pelantun lagu Sayang Sayang Sayang itu bersentuhan dengan pelakon wanita, tidak kurang juga timbul rasa respek pada Aliff yang sentiasa membawa isterinya, Bella Astillah ke set penggambaran.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*