Perpisahan yang menyak!tkan… Gara-gara cikgu ganti persis gadis Korea, budak 9 tahun menang!s sakan macam orang putus cinta – Viral

BARU-BARU ini tular di media sosial video seorang murid perempuan sedang menang!s sakan selepas pulang dari sekolah hingga terp4ksa ditenangkan ibunya.

Bukan kerana did3nda atau berg4duh dengan rakan di sekolah, sebaliknya kanak-kanak itu begitu sedih apabila salah seorang gurunya iaitu Cikgu Elisya akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Menerusi video tersebut, Nur Ayeesha Azzaleea Mohd Mukhriz atau lebih dikenali sebagai Zaza disifatkan seperti orang ‘putus cinta’ oleh ibunya, Nonie Sarawanie kerana tidak dapat menerima perpisahan tersebut.

Video a!r mata Zaza itu turut membuatkan netizen berasa sebak dan sedih.

Menceritakan semula kejadian pada 15 Julai itu, Nonie yang juga seorang guru di Sekolah Kebangsaan USJ 12, Subang Jaya, Selangor memberitahu, anaknya terkejut selepas mengetahui cikgu kesayangannya akan menamatkan perkhidmatan.

“Cikgu Elisya merupakan guru ganti di SKUSJ 12 dan dia akan sambung belajar pada September nanti.

“Perwatakannya yang lemah lembut serta baik menyebabkan dia disenangi anak murid termasuk Zaza walaupun baru mengajar selama tiga bulan dan agak pendiam.

Cikgu Elisya (depan) berumur lingkungan 20-an.

Cikgu Elisya (depan) berumur lingkungan 20-an.

“Tambahan pula, raut wajah dia yang cantik menyebabkan anak saya suka tengok dan sering menyamakan gurunya itu persis remaja Korea,” ujarnya.

Menurut Nonie, cikgu Elisya bukanlah guru yang mengajar Zaza sewaktu sesi persekolahan tetapi hubungan kedua-dua mereka terjalin disebabkan kelas tambahan yang diadakan setiap minggu.

“Cikgu Elisya tidak mengajar Zaza pada waktu persekolahan tetapi, kedudukan meja yang dekat dengan meja saya di sekolah menyebabkan Zaza akan mencari guru tersebut setiap kali selepas waktu sekolah.

“Selain itu juga, saya minta cikgu Elisya mengajar Zaza subjek matem4tik pada setiap hari Khamis selepas waktu persekolahan,” luahnya yang pertama kali melihat Zaza begitu menyayangi guru.

Bercerita lanjut tentang anaknya, Nonie yang juga guru Bahasa Melayu berkata, Zaza merupakan anak tunggal selepas dia pernah kehilangan dua orang anak.

Raut wajah dia yang cantik menyebabkan anak saya suka tengok dan sering menyamakan gurunya itu persis remaja Korea.

NONIE

Katanya lagi, selain suka melukis dan berdrama, Zaza juga gemar menari serta seorang yang periang.

“Zaza seorang yang berani dan sangat positif. Sebelum ni dia banyak dikec4m di TikTok sehingga akaun dis3kat selama tiga bulan.

Zaza bersama ibu dan ayahnya

Zaza bersama ibu dan ayahnya

“Bayangkan hanya kerana dia kerap bercakap dalam bahasa Inggeris, kami berdua tervk dikec4m warganet… net!zen minta saya ajar Zaza cakap bahasa Melayu.

“Padahal saya sendiri cikgu bahasa Melayu dan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama ketika berinteraksi,” katanya yang turut berkongsikan ilmu tentang cara membina ayat di platform berkenaan.

Tambah Nonie, anaknya juga gemar memberi kata-kata positif kepada kawan selain menjadi tempatnya berkongsi masalah.

Terdahulu, Zaza mula dikenali netizen kerana video yang memaparkan keletahnya di Starbucks.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

KOMEN NETIZEN;

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*