Sahabat janji tak akan bercinta muncul hantar rombongan mer1sik, lagi mengejutkan ajak tunang dalam masa sebulan

JODOH dan pertemuan itu r4hsia Allah.

Siapa sangka tempoh lebih satu tahun perkenalan pasangan ini berakhir dengan ikatan tali pertunangan pada 11 Julai lalu.

Menerusi video dimuat naik oleh Aina Syahira, 23, dia berkongsi momen manis mengenai perkenalan singkatnya dengan lelaki bernama Fahmi.

Menurut wanita yang senang disapa Erra ini, dia dan Fahmi tidak bercinta walaupun berkenalan pada 2021 sebaliknya hanya menjadi kawan baik.

“Saya kenal Fahmi sudah lama. Kami masing-masing suka-suka untuk berkawan saja bukan nak cari pasangan ketika itu.

“Lepas kami dah kenal satu sama lain, Fahmi buat perjanjian. Dia pesan jangan sampai j4tuh cinta antara kami. Saya setuju sebab memang tak bercinta pun.

“Lagi pula, saya tengah fokus belajar di USM (Universiti Sains Malaysia) dekat Pulau Pinang. Tapi kebetulan rumah keluarga Fahmi dekat saja dengan hostel, jadi dia selalu datang jumpa dan hantarkan bekal makanan,” ujar Erra.

Menurut Erra, walaupun sudah lebih satu tahun mengenali Fahmi, mereka masih lagi tidak melangkah ke fasa bercinta.

Namun, tanpa disangka-sangka Fahmi tiba-tiba bertandang bersama keluarganya menaiki tiga buah kereta ke rumahnya di Kulim, Kedah.

Walaupun Erra sudah lebih satu tahun mengenali Fahmi, mereka masih lagi tidak melangkah ke fasa bercinta.

“Masa bulan puasa tahun 2022 ni, dia beritahu saya nak datang beraya dekat rumah. Saya terus cakap okay saja siap minta dia bawa sekali ibu dan ayahnya datang beraya sama-sama.

“Tapi tak sangka pula masa Hari Raya tu dia datang beraya ramai-ramai satu keluarga dah macam rombongan. Mereka semua datang dari Pulau Pinang beraya dekat rumah saya.

“Bila tanya Fahmi kenapa datang ramai sangat, dia beritahu yang semua ni datang sebagai rombongan meminang. Saya dan keluarga masa tu sangat terkejut sebab tak dimaklumkan awal-awal,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Kata Erra, keluarga Fahmi ternyata tidak datang dengan tangan kosong apabila dia menerima cincin mer1sik setelah lam4ran pihak lelaki diterima oleh keluarganya.

Tidak terhenti di situ, wanita ini sekali lagi menerima kejutan besar yang dibuat si jejaka apabila dia mengajak Erra untuk bertunang pada hari lahirnya yang ke-24 iaitu pada 11 Julai lalu.

Mengambil masa hanya satu bulan dari tarikh diputuskan, Erra membuat persiapan pertunangan mereka dengan kos lebih kurang RM3,000.

“Masa datang tu rombongan Fahmi bawa cincin mer1sik. Ibu dan ayah saya setuju termasuklah saya sendiri. Hari Raya tu jadilah hari mer1sik secara mengejut.

“Kemudian bulan Jun Fahmi ada ingatkan saya yang hari lahirnya awal Julai nanti. Lepas tu bila saya tanya nak hadiah apa, dia minta izin nak sambut dengan majlis bertunang. Saya lagi sekali terkejut masa tu sebab ada masa sebulan saja nak buat persiapan.

“Tapi lepas berbincang dengan keluarga masing-masing, mereka semua setuju jadi kami adakan majlis bertunang tu masa raya haji kedua. Semua berjalan lancar sebab Fahmi banyak tolong uruskan majlis,” katanya lagi.

Erra membuat persiapan pertunangan mereka dengan kos lebih kurang RM3,000.

Susulan perkongsian wanita ini yang menjadi tular di TikTok, rata-rata netizen teruja melihat video dengan kapsyen ‘from bestie (bestfriend) to tunang very unpredictable’.

“Kami kenal tak lama dan dalam tempoh perkenalan tu memang berkawan baik saja. Lepas dia merisik April tu barulah kami mula bercinta. Sebelum ni memang tak ada sebarang hubungan pun.

“Bila tahu nak bertunang terus saya cari butik pelamin dan katering. Kami kongsi berdua kos semua barang dibeli termasuk kenduri sekali. Apa-apa pun walaupun persiapan waktu-waktu akhir tu saya bersyukur semuanya berjalan lancar,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*