Terkial-kial nak baca label ubat, lelaki c4cat penglihatan ini tak jemu layan warga TikTok… Kerap kongsi content kesedaran

BERAT dvgaan lelaki ini apabila dia tidak pernah merasai nikmat untuk melihat seperti orang lain.

Menurut Blaise Yong Jih Jie, 29, dia mengalami masalah c4cat penglihatan sejak lahir selepas matanya didapati tidak terbentuk secara normal.

Jelas Blaise, visual kedua-dua belah matanya yang terhad itu dinamakan congenital optic atrophy.

“Saya ada masalah c4cat penglihatan sejak lahir. Saraf optik (optic nerve) mata saya tidak terbina atau terbentuk dengan sempurna semasa saya masih dalam kandungan.

“Kesan daripada kecac4tan tu mata kiri ada penglihatan sangat terhad, mata kanan boleh melihat cahaya sikit tapi kalau suluh akan silau,” katanya.

Ujar Blaise, untuk melihat dengan jelas dia terpaksa menggunakan alat bantuan untuk dia mengakses komputer atau telefon bimbit.

Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan tongkat sejak kecil lagi untuk membantunya bergerak.

“Saya terpaksa menggunakan perisian pembaca skin dan refreshable braille display untuk membantu saya mengakses komputer dan telefon pintar. Saya juga bergantung penuh dengan tongkat apabila bergerak.

“Tapi walaupun begitu, kerja rutin harian tak menjadi susah atau banyak halangan. Tapi kadang-kadang apabila nak baca label makanan, ubat atau sabun contohnya, saya akan meminta bantuan orang lain.

“Selain itu komunikasi dengan orang yang tak kenal agak susah sikit. Terutama kalau orang tu guna body language. Saya perlu tarik perhatian orang sekeliling kalau perlukan bantuan.,” katanya yang tidak bekerja namun giat aktif di platform TikTok.

Blaise menggunakan tongkat sebagai alat bantuan untuk berjalan.

Selain itu kata Blaise dia mengikuti persekolahan di sekolah pendidikan khas di Tuaran, Sabah.

Bercerita lanjut mengenai matanya, Blaise berkata dia akan berasa pen1ng jika menggunakan deria itu terlalu lama.

“Masa kecil saya tak faham kenapa alami c4cat penglihatan. Penerimaan tu agak susah juga sebab apabila kanak-kanak lain bermain, saya akan keseorangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sampailah saya masuk sekolah rendah. Tapi walaupun pun saya keseorangan, famili banyak belikan mainan untuk elakkan saya rasa sunyi.

“Saya mula rasa pening kalau guna mata lama sangat,” katanya lagi.

Mengenai video-videonya di TikTok, lelaki ini tidak menyangka ia mendapat perhatian.

Alatan refreshable braille display untuk membantu Blaise mengakses komputer dan telefon pintar.

Malah setiap persoalan yang diajukan di ruangan komen, dibalasnya dengan baik sebagai kesedaran bagi warga maya yang ingin ambil tahu.

“Sebenarnya saya tak sangka content saya akan dapat sambutan. Mula-mula post sekadar suka-suka saja.

Tangkap layar antara kandungan Blaise di TikTok.

“Memandangkan engagement dah meningkat, saya pun sambunglah hasilkan video, teruskan selagi ada idea.

“Nak kata advokasi, saya tak tekankan juga, saya lebih kepada kandungan bergurau saja.

“Lagipun netizen tidak mengutuk atau menghina kekurangan saya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*