Pengantin senyap-senyap ‘selvdup’ bantal busuk, k4ntoi dengan kakak terus kena r4mpas…Tapi risau malam pertama tidur tak lena

BANTAL busuk cukup sinonim dengan anak kecil dan pastinya sukar untuk dipisahkan kerana sudah dianggap sebagai ‘teman’ sejati.

Selain dipelvk ketika tidur, ada juga yang menjadikan ia sebagai tempat curahan perasaan lebih-lebih lagi selepas dim4rahi ibu atau ayah.

Pun begitu, ada yang berjaya meninggalkannya apabila usia meningkat dewasa kerana berasa malu apabila di3jek mempunyai bantal busuk.

Berbeza dengan situasi Farrah Izzati Awang, dia masih membawa bantal busuk walaupun sudah mendirikan rumah tangga pada Mei 2022.

Menceritakan kisah tersebut, kakak keduanya yang bernama Siti Zawiyah memberitahu, Farrah memiliki bantal busuk sejak usianya tiga tahun.

Malah adik bongsunya itu pernah men4ngis teresak-esak kerana bantal busuk dibasuh arw4h bapa mereka.

“Farrah merupakan adik bongsu dan paling manja. Dia mula ada bantal busuk ketika berumur tiga tahun, namun dalam video tular itu adalah bantal keduanya.

“Sebelum ni bantal kecil bayi yang dia usung sampai kekabu habis. Pernah suatu hari, arw4h abah basuh dan bau hilang…disebabkan itu dia men4ngis teruk dan pada masa sama tak tidur malam.

“Kami kakak-kakak memang semua tak suka la sebab dia asyik men4ngis sedangkan orang lain nak ke sekolah esoknya,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bagi menghentikan t4ngisan dia, bantal besar diberikan bagi menggantikan bantal busuk yang telah dibasuh.

Manja (tengah) bersama Farrah dan kakak sulung.

Zawiyah (tengah) bersama Farrah dan kakak sulung.

Tak sangka dia gunakannya sehingga sekarang kerana saiz bantal pun sudah mengecil disebabkan kekabu yang semakin berkurangan.

Menurutnya Zawiyah lagi, kakak sulung bersama seorang lagi adiknya pernah beberapa kali menyembunyikan bantal busuk milik Farrah.

“Sebelum ni kakak saya dengan adik ketiga sembunyikan atas almari dapur, malam tu mak tak boleh tidur sebab Farrah asyik men4ngis dan main kaki… mak tak boleh tahan dengan perangai dia tu, jadi mak suruh pulangkan balik bantal busuk tu.

“Sebenarnya banyak kali dah ambil sembunyi bantal busuk tu, tapi dia memang tak boleh berpisah. Kalau tak ada, dia tak boleh tidur malam dan asyik men4ngis.

“Pernah satu tahap tu, kakak betul-betul m4rah sebab tak suka dia dengan bantal busuk. Jadi bantal tu dihempvk (dihempas-hempas) ke lantai sampai pecah dan kekabu terkeluar.

Manja mempunyai seorang kakak, dua adik perempuan dan seorang lelaki.

Zawiyah mempunyai seorang kakak, dua adik perempuan dan seorang lelaki.

“Farrah ni boleh kutip kekabu tu dan masukkan balik dalam bantal kemudian dia ikat getah sebab bantal koyak,” imbas anak kelahiran Kuala Nerang, Kedah yang berusia 38 tahun itu lagi.

Bercerita tentang hari perkahwinan adik bongsunya pula, ujar pelukis pelan yang juga peniaga durian creep ini, sebelum majlis bersanding di rumah pengantin lelaki, dia dan adik beradik yang lain telah menyembunyikan bantal busuk Farrah.

Namun, ia berjaya dijumpai tanpa pengetahuan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Malah, Farrah juga berjaya ‘membawa’ keluar bantal busuknya dan diletakkan di dalam bonet kereta kakaknya tanpa diketahui sesiapa sehinggalah hari persandingan sebelah lelaki.

“Sebelum kenduri di rumah pengantin lelaki, kami dah sembunyikan bantal busuk tu… tapi tak tahu macam mana dia boleh dapat balik.

“Dia ambil bantal busuk tu, bungkus elok-elok dalam beg dan letak dalam kereta kakak. Memang semua tak jangka langsung masa dia tahan kereta bila kami nak gerak balik. Ingatkan nak salam rupanya nak ambil uncang tu.

“Sekali tu kantoi jumpa bantal busuk, dia senyap-senyap nak bawa rumah mentua masa tu. Disebabkan itu, kakak ‘sekolahkan’ dia sampai men4angis,” katanya.

Keluarga manja berasal dari Kuala Nerang.

Keluarga manja berasal dari Kuala Nerang.Keluarga manja berasal dari Kuala Nerang.

Pada masa tu, Farrah akur apabila bantal busuk diambil daripada dia.

Namun, ia dihantar kembali kerana bimbang Farrah tidak boleh tidur malam di tempat dan suasana baru.

“Oleh itu, saya suruh kakak bagi balik bantal busuk kat Farrah sebab tak sampai hati tengok dia men4ngis dan bimbang dia tidak boleh tidur malam,” lu4hnya lagi.

Dalam pada itu, Zawiyah bersyukur kerana adik bongsunya mendapat suami yang memahami dan kini mereka menetap di Pulau Pinang.

Terdahulu, video perkongsiannya tentang momen adiknya dengan bantal busuk tular di aplikasi TikTok.

Menyusuri ruangan komen, majoriti menyatakan mempunyai bantal busuk dan bimbang ia dibuang selepas berkahwin.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*