Biodata Amelia Christie, Pelakon Jelita Yang Berjaya Menambat Hati Hero Malaya Sharnaaz Ahmad

Pengakuan pelakon, Sharnaaz Ahmad yang memberitahu segala-galanya tentang hubungannya dengan Amelia Christie bahawa mereka berdua sudah berada pada tahap hubungan yang serius mencuri perhatian ramai sejak hari ini.

Kemunculan Sharnaaz Ahmad bersama seorang Amelia yang dilihat memaut tangan aktor berkenaan ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 seakan mengesahkan hubungan mereka.

Susulan dari itu juga, nama pelakon Amelia Christie Lim semakin popular di kalangan peminat seni hiburan.

Sementara itu, Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata dia dan Ameliamasih lagi dalam fasa perkenalan.

” Berpelukan tangan… Tiada apa! Kami masih lagi dalam fasa berkawan,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi Instastory seakan-akan memberi bayangan bahawa Amelia berkemungkinan akan berhenti menjadi pelakon tidak lama lagi.

Mengulas mengenai perkara itu, Sharnaaz berkata dia hanya meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat mereka.

” Mungkin dia selepas ini bukan jadi artis lagi. Kita tak tahu yang penting kita doakan mana yang terbaik.

” Saya okay sahaja sebab saya berkawan dengan semua orang,” ujarnya.

Sementara itu, Sharnaaz turut menjawab mengenai dakwaan kononnya dia mengawal kehidupan dan aktiviti seni Amelia memandangkan aktres itu merupakan pendatang baharu dalam industri seni.

” Bagi saya kawal itu tanda peduli, kalau kita tiada kawal maknanya kita tidak peduli. Bagi saya kawal itu ada banyak fasa kalau kita kawal itu maknanya kita nak dia jadi yang terbaik.

” Kalau kita kawal terlalu merepek… merepeklah jadi dia. Tapi kalau ke arah kebaikan apa salahnya daripada dia menjadi yang tidak baik,” jelasnya.

Ditanya mengenai penerimaan Jebat Jayden, Sharnaaz memberitau dia tidak berhak bercakap bagi pihak anaknya itu.

Malah, dia turut berseloroh meminta pihak media bertanya terus mengenai hubungannya itu kepada Jebat sendiri.

” Saya rasa itu kena tanya Jebat, saya tak berani cakap bagi pihak dia. Saya lihat boleh diteruskan (hubungan)… kita tengok sejauh mana,” katanya lagi.

Sebelum ini, Sharnaaz mengaku sedang rapat dengan seseorang bagaimanapun mengakui malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka.

Katanya, selain faktor usia semakin meningkat, dia juga bimbang jika hubungan yang dibina kali ini tidak berakhir dengan baik.

Sementara itu, kami ingin berkongsi serba sedikit butiran biodata tentang aktres jelita itu yang semakin popular dan menarik perhatian media kini.

LIHAT VIDEO

@amelialim__

Malam Gala Polis Evo 3 ❤️‍🔥🫶🏻#kitalagikuatboh

♬ Love me transition – Zuzi

Biodata Amelia Christie Lim

Nama komersial: Amelia Christie, Amelia Christie Lim

Umur: 23 tahun (2023)

Kerjaya: Pelakon

Instagram (IG): @ameliachristie

Latar Belakang

1. Akaun Instagram beliau @ameliachristie___ telah mempunyai lebih daripada 60,500 pengikut sehingga kini.

2. Antara drama TV yang pernah melibatkan beliau dalam lakonan ialah Histeria The Series, Bawah Blok, Cinta Hilang Kata dan 7 Hari Mencintaiku (Musim 2).

3. Penampilannya yang akan datang adalah dalam dua drama terbaru, iaitu Alice Kampung Baru dan Budak Hostel Otaknya Sewel.

Fakta Menarik

1. Seorang yang gemar memasak di dapur sebagai hobi, apabila berada dalam kelapangan dan tidak dalam sesi penggambaran.

2. Pencinta kucing yang juga memiliki seekor haiwan kesayangan itu diberi nama Simba.

3. Amelia juga merupakan penggemar penyanyi terkenal antarabangsa, Billie Eilish

Sumber:mstar dan iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.lamanhiburan.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*