Nurul Shuhada Ber4ng Ditudvh Sengaja Gugvrkan Kandungan, Bakal Hantar Surat Sam4n Terhadap Individu Fitn4h

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa kesal dengan seorang pengguna media sosial yang mendakwa dirinya sengaja menggugurkan kandungan selepas mengambil jus minuman sebuah jenama produk kecantikan.

Gugur sebab produk kecantikan

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Shuhada memuat naik tangkapan skrin layar yang memaparkan komen individu terbabit yang mendakwa wanita hamil tidak boleh mengambil jus jenama tersebut yang dikategorikan sebagai original equipment manufacturor atau pengilang original.

Dah tahu mengandung, tapi boleh terima lagi pelawaan jadi ambassador. Produk OEM (original equipment manufacturor atau pengilang original) yang tak boleh minum ketika sedang hamil.

Buat kenyataan tak boleh makan ubat hospital, tapi just OEM? Macam sendiri nak gugurkan baby pula. Tapi dia tetap dipuja sebab makin jelita dan makin kurus.

Enggan berdiam diri, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat saman kepada individu terbabit.

Jarang rasa nak buat macam ini, tapi ini sudah melampau. Saya akan ambil tindakan undang-undang yang seterusnya dekat awak, tunggu surat saman sampai.

Pada 9 Mei lalu, Shuhada mengesahkan mengalami keguguran pada usia kandungannya 14 minggu iaitu pada hari raya kedua Aidilfitri bersamaan 23 April lalu.

Reda dengan ketentuan Tuhan, Shuhada bagaimanapun menolak dakwaan menggugurkan kandungan tersebut kerana ingin bercerai dengan bekas suami.

Sekadar info, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*