[VIDEO] Abang Zizan Razak Tercengang Dapat Hadiah Motor – ‘Adik Sanggup Sus4hkan Diri Untuk Aku’

 

Pelakon dan pelawak, Zizan Razak baru-baru ini menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya.

Menerusi video yang dimuat di TikTok, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dilihat membawa abangnya, Hafiza Razak ke sebuah kedai motosikal.

Kejutan buat abang

Difahamkan kedai tersebut dimiliki oleh personaliti media sosial iaitu Boss James.

Pada awalnya, adik beradik itu hanya memperhatikan beberapa jenis model motosikal yang berada di situ dan kemudian cuba menunggang sebelum Hafiza diberikan kejutan.

Dah habis ‘test’, sekarang sembang-sembang je la. Tiba-tiba berurusan macam nak beli. Masa ini aku masih keliru..ingatkan bergurau.

Wajah abang kepada pelakon itu kemudian berubah, seakan tidak percaya bahawa adik kesayangannya menghadiahkan motor tersebut kepadanya.

Ini adalah momen aku rasa gembira dan sedih. Adik aku sanggup susahkan diri untuk aku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pelakon filem Polis Evo itu yang disifatkan sangat pemurah dan menghargai keluarga.

Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet berkata Zizan adalah contoh yang baik kerana mengutamakan sedekah kepada adik beradik terlebih dahulu berbanding orang lain.

VIDEO;

@hafizarazak869

Alhamdulillah rezeki… Kena suprise moto… Thanks my adik @zizanrazak869 @Boss James @Dr Davina Markus

♬ original sound – Hafizarazak869 – Hafizarazak869

Antara Komen Netizen;

Sumber: TikTok Hafiza Razak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*