
PENYANYI Tia Jinbara menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.17 malam Rabu.
Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria berusia 53 tahun.
Berita pemergian Allahyarham disahkan sendiri oleh isterinya iaitu Suzan Ahmad.
Tia Jinbara meninggal dunia pada usia 53 tahun.
Suzan memaklumkan arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam.
“Ya betul, dekat Hospital Shah Alam dalam pukul 9.17 malam tadi.
“Sekarang saya tengah uruskan dekat hospital,” katanya ketika dihubungi mStar.
Pada Rabu lalu, Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam selepas mengadu sakit perut melampau dan sukar bernafas.
Bagaimanapun doktor mengesahkan Tia menghidap kanser hati dan perlu melakukan pembedahan hti dengan kadar segera.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Mstar
Leave a Reply