[VIDEO] Kak KM Percaya Feng Shui Beri Kekayaan, Net!zen Bagi Nasihat – ‘Kepada Tanah Juga Kita Kembali’

 

Usahawan sensasi, Kak KM bersuara selepas dikecam warganet kerana mengamalkan kepercayaan dan kebaikan Feng Shui untuk lokasi kediaman.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kak KM mempertahankan diri dengan menyelar individu yang mengkritik sebagai berlagak pandai dan tunjuk hebat.

Jangan nak ajar orang

Kata Kak KM, netizen perlu mengetahui asas pengetahuan tentang bisnes tanah terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain.

Apa benda pagi-pagi buta, ‘Kak KM jangan khurafat. Kak KM kalau nak kaya kena solat dua rakaat selepas solat subuh. Kau buat ke tak solat dua rakaat? Dah kaya belum?

Jangan nak ajar-ajar orang, jangan sesekali. Kita belum tentu betul ke tak. Jangan main cakap sebarangan. Macam bagus saja kau. Kelakar.

Nak cerita, oh tanah. Orang kaya memang macam itu bodoh. Beli tanah, jual tanah. Ada aset, kumpul aset. Jangan main cakap.

Kau yang tak pernah buat apa-apa bisnes pasal tanah tak tahu apa, patut bertanya. Jangan tunjuk pandai, tunjuk hebat. Lepas itu, kau ajak ramai-ramai untuk kondem orang.

Kau jangan macam itu, kau releks saja. Apa orang jual, kau patut support. Sesama melayu. Kau patut cakap bagus. Kalau benda tak bagus, buat apa berjuta-juta duit kita pergi kat situ.

Kau sakit hati

Dalam pada itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata kebanyakan netizen yang lantang menentang itu mempunyai penyakit iri hati dan cemburu melihat kejayaan orang lain.

Suka hati kau la. Tak ada kena mengena dengan hidup aku. Yang penting, yang kita tahu sebenarnya kau ada penyakit iri hati dan terlalu cemburukan orang lain.

Bila orang ada dapat achievement, kau sakit mata. Kau sakit hati.

VIDEO;

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Terdahulu, Kak KM memuat naik tujuh rakaman video mempromosikan kawasan tanah lot yang dikatakan mempunyai Feng Shui yang bagus.

Sumber: Instagram

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :Ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*