
Meskipun timbul kontroversi melibatkan rumah tangga Syamsul Yusof dengan isteri, Ira Kazar namun pengarah itu sehingga kini memilih untuk mendiamkan diri.
Terbaru, menerusi video di TikTok @Zarriell, Syamsul dilihat tampil dengan imej lebih kemas apabila rambutnya sudah dipotong pendek.
Rambut dah pendek
Penerbit berumur 39 tahun itu dilihat bergambar dengan adik Zarriell sambil menggayakan kain pelekat serta ‘sweatshirt’ berwarna hitam. Syamsul kekal dengan pose mengangkat jari menunjukkan simbol ‘Allah yang satu’
VIDEO;
Sementara itu, di rakaman video yang kedua, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof sempat menitipkan pesanan kepada adik Zarriell untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga ayahnya.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga menghadiahkan satu ciuman di pipi.
Ingat makan banyak. Belajar rajin-rajin okay. Jaga ayah okay.
Di ruangan komen, pemilik akaun terbabit mendedahkan anak kepada Datuk Yusof Haslam ini seorang yang pemurah kerana selalu memberikan duit kepada adik Zarriell.
Nampak kurus
Bagaimanapun, rata-rata netizen beranggapan Syamsul kelihatan agak serabut dan seperti sedang bersedih.
Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
View this post on Instagram
Kemudian, Syamsul dan aktres, Puteri Sarah Liyana bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber :Ohbulan
Leave a Reply