‘Menjadi Ibu Tunggal Tidak Mudah’ – Fazura Titip Kata Semangat Kepada ‘Single Mom’ Untuk Terus Kuat & Jangan Pvtus Asa Jalani Kehidupan

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal, pelakon dan penyanyi, Nur Fazura menasihati wanita yang senasib dengannya untuk terus bersemangat dan tidak putus asa meneruskan kehidupan.

Ibu tunggal tidak mudah

Fazura atau nama lengkap Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, dia sangat menghormati golongan ibu tunggal yang mampu membesarkan anak seorang diri meskipun tahu hal itu tidak mudah.

Saya sangat menghormati para ibu tunggal di luar sana, macam saya baru seorang anak tapi di luar sana ada ibu tunggal yang sampai empat hingga lima orang anak.

Saya doakan mereka terus kuat, menjadi ibu tunggal memang tidak mudah. Harapan saya untuk semua ibu tunggal supaya sentiasa bersemangat dan jangan terlalu sedih.

Tambah pelantun lagu Pum Pang Raya itu, dia juga ada menerima beberapa kiriman mesej daripada para ibu tunggal yang meluahkan perasaan terhadap ujian dihadapi.

Saya juga ada menerima DM daripada beberapa ibu tunggal yang kata sudah tidak tahan dengan hidup.

Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita, sentiasa memohon kepada-Nya. Tiada orang lain yang boleh kita harapkan selain Allah. Inilah momen dan pengorbanan yang anak-anak akan ingat apabila mereka sudah besar.

Fokus pada anak

Dalam pada itu, Fazura berkata, fokusnya kini adalah untuk membesarkan anak tunggalnya, Fatima yang kini berusia empat tahun.

Fokus dan keutamaan saya sekarang adalah untuk membesarkan Fatima, saya juga berkerja keras untuk dia, untuk masa depan dan pengajiannya.

Banyak juga tanggungjawab lain yang saya harus galas termasuk uruskan perniagaan dan saya juga ada keluarga.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya kurniakan saya kesihatan yang baik untuk terus bekerja dan boleh beribadah.

Imbas kembali, Fazura pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor dan penyanyi, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*