
Demi menjiwai watak, pelakon jelita Riena Diana terpaksa meludah muka aktor hebat, Faizal Hussein sewaktu sesi penggambaran drama bersiri Bidaah.
Riena ludah muka Faizal
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal mengakui pada awalnya berasa takut untuk melakukan adegan tersebut.
Bahkan, pelakon drama ‘Kampung People’ itu berkali-kali bertanyakan kepada pengarah dan Faizal Hussein sama ada adegan tersebut dibolehkan jika tidak dilakukan.
Riena kena ludah kat muka Faizal Hussein, ampun Walid.
Masa buat babak ini banyak kali tanya pengarah dengan abang (Faizal), kalau tak buat tak boleh ke? Sebab takut.
Tapi sebab diaorang sempoi dan kena faham ini hanya lakonan, buat juga la.
Cuma rasanya babak ni kena potong kat drama jadi Riena belanja sikit lah sebab drama dah habis.
Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya memuji lakonan mantap yang dibawa Riena.
Sekadar info, drama bersiri Bidaah lakonan hebat Faizal dan Riena itu telah mendapat perhatian ramai sehingga ke Indonesia apabila lebih 1 bilion tontonan direkodkan di platform media sosial.
Komen netizen
Sumber: Instagram Riena Diana
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply