Cikgu suruh murid bawa lemang dan sate, siap bagi ‘contact’ penjual… Ibu pelik anjur jamuan raya sekolah ikut ‘tekak’ siapa?

SUDAH menjadi kelaziman sambutan perayaan Aidilfitri akan diteruskan sepanjang bulan Syawal dengan aktiviti kunjung mengunjung dan majlis rumah terbuka.

Tidak ketinggalan untuk meraikan Syawal dengan aktiviti jamuan makan ialah di sekolah-sekolah membabitkan guru dan pelajar.

Namun seorang ibu terkejut dengan konsep jamuan raya anjuran sekolah anaknya.

Kanak-kanak yang paling teruja menyambut 1 Syawal: -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan lokasi sekolah, wanita
itu mendakwa pihak guru seolah-olah menetapkan menu ‘wajib’ yang perlu dibawa setiap murid.

“Ada jamuan raya di sekolah anak. Tapi yang aku tak boleh ‘brain’, cikgu suruh anak-anak bawa sate, lemang dan ketupat.

“Siap nak bagi nombor telefon penjual lemang dan sate kat budak-budak,” dedahnya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Ni budak-budak yang nak makan atau ikut selera tekak cikgu?
1BU

Terkejut dengan perkara itu, dia juga tertanya-tanya sama ada menu tersebut sebenarnya untuk dijamah murid-murid atau sekadar memenuhi selera guru.

Malah katanya, hal ini sedikit-sebanyak mempengaruhi anaknya untuk membeli makanan sebagaimana yang disebutkan gurunya itu.

“Ni budak-budak yang nak makan atau ikut selera tekak cikgu? Rasanya budak-budak tak makan sangat lemang dan ketupat.

“Mulalah anak aku tantrum suruh cari lemang.
Ada juga bagi batang buluh kosong, suruh cikgu bakar sendiri.

“Nanti yang angkut makanan bawa balik pun cikgu-cikgu sekolah juga. Budak-budak bawa balik jajan (makanan ringan) je banyak,” ujarnya.

Di ruangan komen, segelintir netizen turut terkejut dengan tindakan guru itu sebagaimana didakwa, terutamanya memberikan nombor telefon peniaga yang perlu dihubungi untuk membeli juadah raya.

Pada masa sama, ada yang meminta supaya bersangka baik dengan menganggap ia sekadar cadangan untuk mempelbagaikan menu.

Sate menjadi menu pilihan ketika jamuan raya. -Gambar hiasan

“Cikgu tu bagi idea je kot. Nanti semua bawa benda manis je. Lagipun cikgu tak angkut bawa balik makanan. Mereka bagi budak-budak tapau bawa balik.

“Kenapa siap nak bagi nombor telefon penjual lemang dan sate. Nak tahu juga.

“Rare ni.. cikgu siap bagi nombor telefon seller. Selalu potluck suka hati je.

“Ada je budak suka makan lemang. Selalunya cikgu-cikgu cadang je dan dalam grup buat senarai supaya tak sama jenis makanan nanti,” demikian antara komen netizen.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*