[VIDEO] ‘Saya Tidak Akan Melepaskan Isteri Saya’ – Azlan Komeng

Pelakon Azlan Komeng tampil memberi kenyataan berhubung isu rumah tangganya yang didakwa retak kerana orang ketiga.

Penjelasan Azlan

@azlankomeng_official

Mohon bertenang dan beri ruang harap semua dapat memahami apa yang sedang kami hadapi. #nilambidadariku #love #mywife #bidadariku #husbandwife

♬ original sound – AzlanKomeng – AzlanKomeng

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran menegaskan bahawa dia tidak akan berpisah dengan isterinya, Nur Nilam Ortiz.

Macam yang semua sedia maklum, isteri saya sudah pun memfailkan fasakh dan saya hormati apa sahaja tindakan yang dia buat.

Apa yang saya nak beritahu adalah, saya tidak akan melepaskan isteri saya kerana saya ada alasan yang tersendiri dan belum masanya lagi untuk saya kongsikan dengan anda semua.

Menurut Azlan, dia kini sedang mengusahakan sesuatu namun tidak dapat menjelaskan perkara tersebut secara terperinci buat masa ini.

Saya mohon kesabaran daripada pihak-pihak yang tertentu, untuk beri ruang dan masa kerana ada sesuatu yang sedang saya usahakan.

Bila sampai waktu yang tepat akan saya kongsikan, insya-Allah.

Sayangkan Nilam

Dalam masa yang sama, aktor berusia 48 tahun tersebut mengakui masih menyayangi Nilam dan meminta isterinya untuk bersabar.

Kepada isteri saya, saya harap awak boleh bersabar dan beri sedikit masa untuk saya selesaikan apa yang perlu dibuat.

Macam mana pun saya tetap dan akan terus sayangkan awak. Awak adalah sesuatu yang sangat penting dalam hidup saya.

Insya-Allah saya akan bertanggungjawab dan melindungi awak semampu yang mungkin..akan ada jalan yang terbaik.

Terdahulu, kehadiran Nilam ke Mahkamah Rendah Syariah Ulu Langat pada Rabu telah menimbulkan pelbagai tanda tanya berkenaan status rumah tangganya.

Sebelum itu, Azlan didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita. Malah, Nilam turut berkongsi momen ketika suaminya itu sedang berbual di telefon dengan seorang individu yang didakwa merupakan bakal madunya.

Azlan kemudian menafikan dakwaan bahawa isu tersebut sengaja dilakukan demi meraih perhatian warganet.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*