Pak Mat Western Buat Laporan P0lis, N4fi TudVhan G4gal Bayar Gaji Pekerja – “Ini TudVhan Yang Tidak Berasas..”

Baru-baru ini, jenama produk makanan daging perap popular iaitu Pak Mat Western telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular di aplikasi TikTok yang mendakwa syarikat berkenaan gagal membayar gaji pekerja.

Menerusi laporan polis yang dikongsikan di TikTok, Pak Mat Western telah membuat semakan di Jabatan Sumber Manusia.

Hasil semakan mendapati pekerja-pekerja berkenaan telah dibayar gaji, kecuali empat pekerja di bahagian jualan yang diberhentikan kerja tanpa notis.

pak mat western

Kami menegaskan bahawa ini adalah tuduhan yang tidak berasas dan berniat jahat.

Untuk makluman, kami cuba hubungi individu pemilik akaun tersebut namun tiada makluman balas yang diberikan.

Turut dimaklumkan, pihak Pak Mat Western telah menyerahkan segala bukti yang ada kepada pihak berkuasa dan pihak peguam kerana tindakan undang-undang bakal dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengatakan mereka tidak percaya jika bekas pekerja jenama itu berbohong dan ada juga yang meminta bekas pekerja itu membuat laporan di pejabat buruh sekiranya perkara ini benar terjadi.

komen tiktok komen tiktok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*