
Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan hubungannya bersama rakan baik iaitu Shukri Yahaya seakan ‘dingin’ selama setahun dek kerana terlalu menjiwai watak masing-masing menerusi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Setahun tak bercakap
Walau bagaimanapun, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad ini bersyukur ‘jiwa koyak’ antara mereka kembali pulih baru-baru ini.
Sebenarnya saya dan Shuk tak bercakap selama setahun termasuk sepanjang tempoh penggambaran.
Seperti ada satu perasaan yang tak boleh saya gambarkan dengan kata-kata wujud jiwa masing-masing. Semuanya sebab kami terlampau hidup dalam karakter masing-masing.
Saya tidak tahu apa dalam hati dia dan dalam otak saya, namun syukurlah hubungan kembali pulih, kami baru bercakap macam biasa pada raya lalu.
Kalau orang tanya punca, kami pun tak tahu. Ini bukan bergaduh secara peribadi ke apa, ini semua disebabkan terlalu masuk dalam karakter.
Sharnaaz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui OhBulan! pada majlis tayangan perdana filem tersebut di GSC IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
Bangga dengan watak ‘Ghaz’
View this post on Instagram
Berkongsi lanjut mengenai watak ‘Ghaz’ yang dipegangnya, pelakon berusia 40 tahun ini mengakui tidak pernah terbayang untuk memegang karakter sehebat itu dalam hidupnya sebelum ini.
Sebenarnya watak ini sangat ekstrem untuk saya dan boleh dikatakan mimpi jadi kenyataan juga untuk menjayakannya.
Saya juga gaduh dengan dua pengarah iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra setiap hari, saya akan persoal semua perkara sebab pengarah pun ‘perfectionist’.
Mereka beri dan tulis watak tetapi tugas saya pula untuk hidupkan, pastilah ada banyak perkara untuk dipersoalkan tetapi mereka mampu beri penjelasan yang baik.
Bukan itu sahaja, bapa kepada seorang anak ini juga berbangga dengan hasil kerjanya yang melakonkan setiap babak aksi 100 peratus tanpa bantuan ‘stuntman’ atau ‘body double’.
Bayangkan, penggambaran babak kami berlawan tak berhenti bermula pukul 6 petang, sampai pukul 4 pagi baru berakhir.
Kalau saya cedera sekali pun, saya akan habiskan juga kerja walau Tuhan sahaja tahu sakitnya macam mana.
Saya lakukan 100 peratus semua babak aksi. Semua pelakon tak terlepas daripada alami kecederaan tetapi kita hadap sebagai lelaki.
Sekadar info, Sharnaaz memegang watak Ghaz yang mengemudi pasukan ‘bodyguard’ diketuai Dato’ Zul menerusi filem ‘Blood Brothers: Bara Naga’.
Filem yang sudah mula ditayang di 146 pawagam terpilih bermula 10 April lalu ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply