Pasangan ‘Influencer’ Buat Majlis Sambutan Hari Raya Tapi Minta Orang Awam Derma? – “Dah Habis Beribu Beli Emas Ke”

Satu perkongsiaan di platform Facebook, baru-baru ini, mengenai tindakan pasangan pempengaruh meminta derma daripada orang ramai sempena untuk menganjurkan sambutan hari raya telah menarik perhatian ramai.

Pasangan pempengaruh minta derma kepada orang awam

Difahamkan, pasangan pempengaruh itu mahu melakukan majlis sambutan hari raya bersama anak yatim, pelajar tahfiz dan asnaf.

Susulan itu, mereka ‘memberi peluang’ kepada orang awam untuk menginfaq atau menyalurkan sumbangan kepada satu akaun bank peribadi.

Namun begitu, ‘situasi’ tersebut telah mendatangkan rasa kurang senang daripada netizen, di mana mereka merasakan individu yang bergelar jutawan seperti pasangan itu yang sepatutnya menghulurkan bantuan, bukannya mengutip derma daripada orang awam.

Netizen pelik kenapa orang jutawan minta derma

Terkejut aku tengok pasangan yang tular dengan menunjukkan kemewahan dan kekayaan mereka buat hantaran untuk mengutip derma. Siap letak nombor akaun sendiri lagi.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen meragui cara pasangan berkenaan meminta derma kepada orang awam dan ada yang menyatakan lebih baik menghulurkan sumbangan secara terus kepada rumah anak yatim atau tahfiz tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*