
Pelakon kontroversi, Ammar Alfian tampil mempertahankan diri selepas namanya sekali lagi menjadi bualan apabila didakwa melakukan keganasan fizikal terhadap seorang wanita.
‘Sebab saya berbadan besar’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, pemilik nama Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri, 38, menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu fitnah untuk menjatuhkan reputasinya.
Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya.
Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tetapi saya tak buat apa-apa pun dan biarkan sahaja sebab nampak awak tidak matang serta terburu-buru.
Tetapi tahun ini, awak serang saya lagi dengan cerita yang sama dan kali ini melibatkan seorang yang tak bersalah iaitu Zane Gan yang langsung tiada kena-mengena dalam hal ini.
Jelas pelakon filem Paskal itu lagi, dia mengambil serius perkara ini dan akan bertindak mengikut saluran undang-undang bagi membersihkan namanya.
Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan buat ikut undang-undang. Masing-masing ada pendapat, tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.
Jangan percaya bulat-bulat dan dengar dari sebelah pihak sahaja. Terima kasih.
Terdahulu, seorang wanita yang mengakui dirinya bekas kekasih kepada Ammar Alfian iaitu Qhaisha mendakwa menjadi mangsa pukul dan penderaan aktor itu sejak setahun lalu. Qhaisha turut memuat naik beberapa keping foto lebam di bahagian mata dan lengan.
Sumber: Instagram Ammar Alfian Aziz
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply