Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk Sahar, Urus Pendaftaran Nikah & Lafaz Cer4i – ‘Sebab Nanti Anak Tidak Boleh Berbintikan’

Isteri kepada pelawak kontroversi, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memberitahu dirinya kini sedang menguruskan pengesahan pernikahan mereka sebelum boleh diteruskan dengan permohonan pengesahan lafaz cerai.

Pengesahan nikah & cerai

Menurut Fara, pengesahan pendaftaran untuk kedua-dua perkara itu sangat penting demi masa depan cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan pada Jun depan.

Disebabkan itu, Fara berharap Shuk dapat memberi kerjasama dengan baik supaya segala proses dipermudahkan.

Saya kena buat pengesahan pendaftaran sebab anak kami nanti tidak boleh bin atau binti dia (Shuk). Memang kami sudah rasmi bercerai cuma sekarang saya dalam fasa pendaftaran, sebab nak atau tak nak, saya mahu anak saya berbinti bapanya jadi saya kena selesaikan pendaftaran dulu dan kemudiannya baru saya selesaikan pengesahan cerai.

Saya ada bukti lafaz dan saya kena ke mahkamah untuk sahkan. Saya sendiri dihubungi agen di Satun, Thailand, yang mengatakan suami saya mahu membuat lafaz cerai, jadi dia tanya setuju atau tak dan saya setuju sebab memang kami rancang nak cerai.

Cuma saya tak sangka dia akan ceraikan saya dengan cara macam itu. Kalau betul kata matang, mestilah tahu adab bercerai, jumpalah keluarga dan berbincang. Saya ada terkilan dan kesal di situ.

Fara berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka mStar Terbaek Raya yang diadakan di Rumah Agam, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Shuk tak datang mahkamah

Berkongsi lanjut mengenai proses perceraian, Fara berkata, sebelum ini pihak mahkamah sudah menetapkan tarikh bagi proses pengesahan pendaftaran, bagaimanapun Shuk tidak hadir.

Jadi ada tarikh seterusnya untuk kami ke mahkamah dan saya sudah beritahu dia menerusi orang tengah, yang mana dia perlu datang pada tarikh sekian.

Saya katakan dia datang sekali saja cukuplah sebab untuk pendaftaran ini kalau dia datang sekali pun sudah cukup. Yang lain tak mengapa, saya uruskan.

Sementara itu, disoal mengenai kesihatan diri, Fara bersyukur dia dijaga dengan baik oleh keluarga. Malah, mengakui emosi serta perkembangan kandungannya juga baik.

Alhamdulillah saya sihat dan usia kandungan saya sekarang adalah tujuh bulan dan seminggu.

‘Baby’ okay dan keadaannya juga okay, cuma keadaan saya saja kerana apabila ‘baby’ makin membesar, buat saya senang semput kerana saya ada masalah jantung.

Aktiviti dan pergerakan saya agak perlahan sekarang. Emosi pula, ada masanya saya sedih, tipulah kalau saya kata tak sebab emosi tak menentu tapi kebanyakan masanya saya okay.

Cuma saya tak boleh berseorangan. Jadi saya selalu ditemani oleh adik perempuan saya dan saya juga tinggal bersama emak ayah saya. Mereka yang selalu ada dan menjaga saya.

Sebelum ini, Fara ada berkongsi di Instagram miliknya mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*