‘Influencer’ Abang Lal Sen0k Per0t Puji Majlis Perkahwinan Anak Arw4h Pengasas Dnars, Layan Tetamu Sama Rata Tanpa Kira Pangkat

Anak kepada usahawan kosmetik Dnars, Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim Jasman sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Farez Zuhaily pada 25 April lalu.

Layanan sama rata

Majlis perkahwinan yang berlangsung dalam suasana sederhana itu mendapat perhatian ramai pihak termasuk pempengaruh terkenal, Izmer Mustapha atau lebih dikenali sebagai Abang Lal Senok Perut.

Menerusi hantaran di Facebook, Izmer berkata, walaupun Irdina mampu mengadakan majlis yang lebih mewah dan gah di hotel, namun dia memilih untuk mengadakan di kediaman arwah ibunya sahaja.

Malah, Izmer memuji layanan yang diberikan sama rata untuk semua tetamu tanpa mengira pangkat.

Suka lihat majlis yang begini, walaupun dia mampu untuk mengadakan majlis di tempat yang lebih grand atau gempak, tetapi dia lebih memilih untuk adakan di rumah arwah ibu.

Dia juga menjemput semua orang dan tidak ada konsep VIP atau Datuk dan Datin. Malah layanan yang diberikan sama rata, seronok lihat semua gembira.

Netizen puji

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan komen turut bersetuju dengan pandangan Izmer dan meninggalkan pelbagai komen positif mengenai majlis tersebut.

Macam ni baru betul. Yang support bisnes ni kebanyakan orang biasa.

Orang yang tahu hukum hakam agama Islam memang sepatutnya buat majlis tidak membeza-bezakan para undangan.

Terdahulu, majlis perkahwinan Irdina Hakim, 22 dengan Muhammad Farez Zuhaily Shah, 23,  berlangsung dengan meriah dengan dihadiri sekitar 5,000 tetamu.

Selain ahli keluarga terdekat dan saudara mara, majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran kenalan rapat kedua-dua mempelai serta para pelanggan dan pengguna produk Dnars.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*