Pengantin Lelaki ‘Tersasul’ Sebut Nama Bekas Kekasih Ketika Akad Nikah, Bakal Isteri Bertindak Batalkan Perkahwinan – “Dah Terbukti Dia Bukan Yang Pertama Dalam Fikiran..”

Perkahwinan adalah satu ikatan suci yang hanya wajar dibina apabila kedua-dua individu benar-benar bersedia dari segala aspek yang merangkumi emosi, mental dan komitmen. Ia bukan sekadar penyatuan dua hati, tetapi satu tanggungjawab jangka panjang yang menuntut kejujuran, kesetiaan dan pengorbanan.

Atas sebab itu, penting untuk setiap individu menutup sepenuhnya lembaran cinta lama sebelum melangkah ke alam rumah tangga.

sarung cincin

gambar hiasan

Namun, sebuah kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok mengingatkan kita betapa seriusnya hal ini.

Pengantin lelaki sebut nama bekas kekasih

Dalam sebuah majlis pernikahan yang pernah dihadirinya, berlaku satu insiden yang tidak disangka di mana pengantin lelaki tersasul menyebut nama bekas kekasih sewaktu melafazkan akad nikah.

Pengantin lelaki tersalah sebut nama ex girlfriend masa akad nikah instead of nama pengantin perempuan.

akad nikah

gambar hiasan

Tindakan spontan itu mengejutkan semua yang hadir, namun pengantin perempuan kekal tenang dan meminta agar perbincangan dilakukan secara tertutup bersama bakal suaminya.

Pengantin perempuan batalkan majlis

Selepas hampir satu jam berbincang, pengantin perempuan akhirnya tampil semula tetapi kali ini untuk mengumumkan keputusan yang mengejutkan iaitu majlis nikah tersebut dibatalkan serta-merta.

Keputusan itu tidak diterima dengan baik oleh pihak keluarga yang menganggap insiden tersebut sebagai kesilapan kecil namun bagi wanita itu, ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Keluarga kedua-dua belah pihak tak setuju dengan keputusan itu. Mereka cakap its a careless mistake.

Pengantin lelaki dah menangis teresak-esak dan minta maaf berkali-kali tapi pengantin perempuan tetap dengan keputusannya untuk batalkan pernikahan mereka.

Baginya, insiden itu satu bentuk penghinaan, bukan sahaja terhadap dirinya, tetapi juga terhadap maruah keluarganya.

pengantin berbincang

gambar hiasan

Ia jelas membuktikan bahawa lelaki tersebut masih belum benar-benar ‘bebas’ daripada bayangan masa silam.

Pengantin perempuan cakap kalau lelaki itu masih teringat akan kisah silamnya ketika di hari pernikahan mereka, itu cukup untuk membuktikan dia bukanlah yang pertama dalam fikiran lelaki itu.

Atas dasar itu, dia memilih untuk tidak meneruskan perkahwinan tersebut, demi menjaga harga diri dan masa depannya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*