
Suami kepada penyanyi, Datuk Nora Ariffin, Dr. Rushdi Ramli enggan melepaskan isterinya hari ini kerana masih wujud perasaan sayang dalam hati selain mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
Masih cinta
Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya berkata dia tidak mahu melakukan perkara yang ditegah dalam Islam iaitu bercerai.
Pada hari ini saya menyatakan di hadapan Yang Arif bahawa saya menolak permohonan perceraian yang dilakukan oleh isteri terhadap saya.
Saya tidak bersetuju kerana saya masih menyayangi dan mahu mempertahankan perkahwinan kami.
Dalam Islam juga haram untuk kita mengamalkan penceraian tanpa alasan yang muhasabah.
Dr. Rushdi berkata demikian selepas selesai prosiding sebutan pertama ke perceraian di mahkamah.
Madu sudah terima Nora
Dalam pada itu, ahli akademik itu turut memaklumkan keluarga pertamanya sudah menerima Nora sebagai madu.
Berdasarkan pemerhatian saya yang ikhlas, saya nampak keluarga pertama saya sudah
pun menerima perkahwinan saya dengan Datuk Nora.Mereka pun tidak merungut apa-apa. Namun, mereka mengharapkan tidak ada perubahan yang berlaku terhadap hubungan kami sekeluarga.
Selain itu, Dr. Rushdi turut menegaskan pendiriannya mahu menyelamatkan rumah tangganya bersama Nora.
Pendirian saya ialah saya akan pertahankan kerana kita faham perkahwinan ini adalah benda yang baik.
Saya mengharapkan Nora terus cinta dan sayang pada saya tapi kalau dia tiada perasaan itu dan mahu mengambil tindakan lanjut, saya dah tak boleh nak buat apa.
Ketika ditanya mengenai dakwaan dirinya gagal mengemudikan rumah tangga sepanjang berpoligami, Dr. Rushdi dengan tegas menafikan malah enggan peduli dengan kecaman yang dilontarkan.
Saya tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut. Orang yang cakap itu dia pandai cakap saja.
Mungkin ada saja yang berpoligami melalui perkara yang sama tetapi tidak diketahui orang kerana mereka bukan seorang selebriti seperti Nora.
Orang yang berkahwin seorang pun ada yang bercerai namun perkara itu bukanlah satu keaiban buat suami mungkin kerana tidak mempunyai persefahaman. Saya juga sudah cuba yang terbaik.
Awal pagi tadi, pemilik nama Wan Norafizah Atiffin, 52, dan Dr Rushdi hadir ke mahkamah secara berasingan untuk sebutan pertama kes perceraian mereka.
Pada 21 April lalu, Nora hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangga gagal menemui titik penyelesaian.
Hujung 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara.
Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
: Sumber
Leave a Reply