
Selebriti media sosial, Raf Yaakob kurang senang dengan tindakan segelintir individu yang mendedahkan kisah rumah tangga mereka di media sosial.
Pandangan Raf
Menerusi hantaran di Threads, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob berkata, media sosial bukan medium terbaik untuk menceritakan tentang perihal rumah tangga.
Benda-benda pasal pasangan hidup, tak kisahlah masih bersama atau sudah tidak bersama..simpan sahajalah dalam hati.
Tak perlu gunakan media sosial untuk luahkan atau bergaduh.
Menurut Raf, diam dan sabar adalah cara terbaik daripada menyebarkan keburukan masing-masing.
Saya faham kadang awak perlu luahkan sebab nak pertahankan diri sebab kena fitnah. Tetapi percayalah, diam dan sabar sahaja.
Kebenaran akan terungkap, jika tidak sekalipun awak semua akan menang dekat akhirat.
Hidup kita dekat dunia ini kan untuk kita cari bekalan akhirat.
Komen netizen
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Raf tersebut dan menyatakan bahawa setiap pasangan suami isteri perlulah bersikap matang dengan tindakan mereka.
Betul. Orang ramai tak perlu tahu semua benda yang berlaku.
Walaupun dalam hati nak balas, tapi Alhamdulillah sampai sekarang masih memilih sabar dan tidak luah apa-apa di media sosial.
Makin kita jelaskan, makin banyak benda buruk yang nampak. Tak ada penamat kalau salah seorang tak mengalah, takut jadi trending di media sosial pula.
Sumber: Threads Raf Yaakob
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Leave a Reply