[VIDEO] Juadah RM6 Dibeli Untuk Anak Dibu4ng Pekerja Gerai, Ibu Sed1h Tak Mudah Cari Duit – ‘Saya Baru Makan Dalam Tiga Suap’

Luluh hati seorang wanita yang bergelar ibu apabila rezeki makanan yang dibeli untuk anaknya dibuang begitu sahaja.

Makanan anak dibuang

@mahanyempire

emosi 😭😭

♬ original sound – Agy – Agy

Menerusi TikTok, seorang wanita yang dikenali sebagai Mahany memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dirinya hendak menjamu selera di sebuah kedai makan bersama dengan dua anaknya.

Kami pergi makan, ambilkan nasi, lauk ayam dan sup sayur untuk anak. Kemudian, anak nak pergi ke tandas.

Pesan dekat mak cik yang ada di situ jangan angkat lagi makanan sebab anak tak makan lagi.

Balik dari tandas, tengok-tengok makanan dah tak ada.

Ayam dan nasi pun banyak lagi. Boleh hadap makan dua orang. Ya Allah makcik, kenapa buang?

Bukan orang senang

@mahanyempire

penat la😭

♬ original sound – MAHANY – MAHANY

Mahany kemudiannya memuat naik satu lagi hantaran berkongsi mengenai perasaannya dalam keadaan menitiskan air mata.

Ujarnya, dia berasa sangat sedih dan kecewa kerana dirinya bukan datang daripada golongan senang.

Saya tak senang mak cik nak beli nasi itu. Walaupun makanan itu harga RM6, tapi itu rezeki kami.

Saya baru makan dalam tiga suap ja masa dua orang anak saya nak pergi tandas.

Saya sebagai ibu tak sedap hati jadi makan laju-laju dan tinggal lah meja dan ikut pergi tandas.

Saya pesan (tolong tengokkan) sebab ayam tu besar, rezeki itu nak bagi kenyang anak makan.

Selepas saya keluar tandas, kami anak beranak tengok mak cik tu sudah lap meja. Air minuman ja dia tak angkat lagi.

Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih lebih 800,000 dan lebih 42,000 tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan situasi yang menimpa wanita itu.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*