[VIDEO] Prince Syed Beri Nafkah Setengah Juta Tunai Buat Isteri – ‘Cukuplah Ini Buat Isteri Belanja Untuk Setahun’

Pempengaruh media sosial, Prince Syed meraih perhatian apabila berkongsi momen dirinya memberikan nafkah buat isterinya, Fatin Syazwani.

Nafkah RM500,000 buat isteri

@prince.syed.shahid

Salam RM500K 🥰 cukuplah ni untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki , waffle dan pad utk stok setahun 🥰 mencari rezeki halal untuk keluarga

♬ original sound – Prince Syed Couture – Prince Syed Couture

Menerusi TikTok, Prince Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah dilihat sedang berdiri di hadapan beberapa bungkusan duit sebelum menyerahkannya kepada isteri.

Difahamkan, jumlah keseluruhan duit tersebut adalah bernilai RM500,000.

Salam RM500,000. Cukuplah ini untuk perbelanjaan buat isteri dan anak untuk setahun.

Mencari rezeki halal untuk keluarga.

Menerusi perkongsian yang sama, usahawan berusia 33 tahun ini turut menunjukkan beberapa barangan kemas yang dibeli untuk Fatin.

Ujar Syed, kesemua barangan kemas yang dibeli adalah asli dan bukan tiruan.

Tengah kira semua duit sampai tak menang tangan.

Rasa macam esok nak makan cucur udang dekat London.

Kita pula macam tak boleh nak makan makanan biasa-biasa, maaf ya.

Dalam pada itu, usahawan bisnes laksa ini tidak menafikan bahawa dirinya tidak menang tangan mengurus segala harta yang diusahakan mereka berdua.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Syed yang sangat mengutamakan isterinya.

Mereka juga mendoakan agar pasangan suami isteri ini sentiasa dimurahkan dengan rezeki.

Sumber: TikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*